Search This Blog

Thursday, November 11, 2010

Cameron Highlands 2010-Siri Menjengah Rumah Asap a.k.a Smoke House Hari Kedua

Hari kedua haru...
Bukan haru apa...
Pagi belum pukul 8 dah ada kat cafe/restoran hotel untuk breakfast, tapi kau..ramai la pulak...
Ingatkan kitaorang je yang 'rajin' bangun pagi-pagi..rupanya tak...ramai lagi yang rajin jugak..
Meja pulak muat untuk 10 orang tiap-tiap meja, so nak taknak terpaksa lah menumpang kasih dengan orang lain..tapi no hal la pun, janji dapat duduk proper sudah....
Lepas tu pulak...
Breakfast kenyang-kenyang balik bilik bukan nak siap-siap pun, tidur dulu, boleh???
Sabar jelah...
Last kuar dari hotel nak dekat pukul 12...haram betul masing-masing...

Hari ni plan sebenarnya nak pusing-pusing mana yang sempat kat Cameron ni...
Disebabkan kitaorang memang dah kat Brinchang, so niat nak ke Tanah Rata la pulak...
Mana-mana tempat yang berkenaan haruslah kitaorang singgah dan berhenti...
Tapi
Ada tapi tu.....bukan je kat Cafe/restoran hotel je yang penuh...
Sepanjang dari Brinchang ke Tanah Rata pun penuh jugak...beratur kereta ok, dah lah tu, bila nak parking dah jadi hal..so, ada jugaklah tempat yang kitaorang terbantut nak pergi...huhuhuhu

Mijon suggest kitaorang ke Ye Olde Smokehouse je dulu, lagipun tengok cara macam tak penuh je situ...
Nak cari Scone kat sana katanya..feeling2 ingeris gitu...hehehheh..


Saya di depan pintu hotel ini...
Macam patung bernyawa lak rupanya..kejung je...


Mijon dengan Zai yang tengah menelaah menu untuk makan scone..
Alahai, harga sangatlah tak berbaloi dengan benda yang nak dimakan.tak sanggup ok...
Satu set RM26++...
Dalam set tu hanya dapat seketul skon dengan secawan teh sahaja...
Ohh..tidaklah saya...
Lain kali jelah yek...

So, bergambar jelah dapatnya...



Alang-alang dah sampai kan....



Rupanya memang ramai yang datang kat sini semata-mata nak cuci mata dan bergambar...
Ingatkan kitaorang je...

Gambar-gambar yang ada....













Cantik kan?
Sejuk je mata memandang..memandang jelah, nak duduk kat sini tak mampu....kuikuikui

Kat Ye Olde Smokehouse ni kitaorang kejab je..tak tunggu lama, lagipun orang ramai dah beransur-ansur datang (betul ke ayat nih??)..
Daripada stuck kat sini, baik kitaorang beransur-ansur pergi je..
Jelajah ke tempat seterusnya la pulak, doa-doa tak sesak sangat...fuhhhh..Aminnn......

Bersambung...


No comments:

Post a Comment

Orang yang yummy....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...