Search This Blog

Saturday, February 26, 2011

patutnya...

Hai Hoi semua...!Selamat berhari Sabtu....


Patutnya harini me, Sept dengan Cik Leha pergi Terengganu...
Katapun kenduri Dik Nor (Adik Mijon) hari...tapi tak dapat pergi..
Mula-mula ok je..memang kitaorang nak pergi sangat-sangat..(sambil menyelam minum air lah katakan..)
Tapi last minit baru Emak me bagitau yang dia kena kerja petang sepanjang seminggu ni (sampai Jumaat minggu depan)...Takut Anim sorang-sorang je kena tinggal kat rumah, so me tak dapatlah pergi...
Lagi satu, kebetulan Atie pun dah bersalin..jadi dah confirm-confirmlah me dah jadi assistant untuk tolong apa yang patut...
Maka memang tak kemana-manalah jadinya...Maka jugam, harini me kat rumah jelah...nipun boleh beronline sebab Ana balik rumah (nak tengok Anak buah baru kan...), Alhamdullilah..kalau tak sangappp jugak le jadinya ni....


Cerita Dik Nor...Alhamdullilah..semalam selepas Asar dah selamat dinikahkan dengan Tunangnya Syed...Tahniah me ucapkan...Tahniah yea Dik Nor..Tahniah jugak kepada Mijon yang dah dapat Adik Ipar baru...Tahniah!!


Al-Imran pulak...Alhamdullilah..baby sihat, takde banyak 'cerita'..just merengek bila nak minum susu sahaja..mudah-mudahan nanti-nanti pun camnilah, senang ibu dia...insyaALLAH..

No comments:

Post a Comment

Orang yang yummy....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...