Search This Blog

Thursday, July 14, 2011

PD 2011/2: Bayu Beach Resort....

Uii...macam azab nak menulis entri...huhuhuhu...
Tapi disebabkan taknak menangguh entri lagi, jadi gigihkan diri buat jugak...
Sambung cerita pasal pergi PD...
Lupa pulak, sebenarnya kitaorang bertiga pergi PD ni disebabkan nak pergi ke kenduri kahwin Ema kat Senawang pada 10hb Julai, pada hari Ahadnya...
Kata Senawang, tapi apasal termelencong ke PD pulak???
O..ok..disebabkan jugak kitaorang tahun ni belum lagi holiday kat mana-mana sama-sama so dah alang-alang dah nak ke Negeri Sembilan, terus jelah plan nak lepak-lepak kat PD.....kira 2 in 1 lah kan...
Cuma kali ni berholiday bertiga sahaja...Zai takde, dia tak dapat ikut sebab kerja...so, pergi jelah bertiga....

Kan sampai-sampai je PD kitaorang terus kena pergi cari hotel kan??(kalau rajin pergilah baca entri yang lepas)..
Sebabnya....
Sebulan nak pergi PD ni kitaorang dah try cari hotel dah...
Boleh pulak kebanyakkannya dah fully-booked....ada kot dah lebih 5 hotel kitaorang call tanya, haram satu pun tak ada bilik kosong...adoiiiii...surender giler dah time tu....
Mulanya risau jugak, kalau tak booking awal-awal camne nanti nak pergi PD dan nak pergi kenduri Ema kan....??
Last, Sept suggest supaya kitaorang belasah jelah pergi sana, bila dah sampai sana baru cari...huhuhuhu..serem ok, tak pernah-pernah kitaorang buat camtu....
Tu yang bila sampai PD tu, first thing yang dibuat adalah mencari hotel...
Pastu nak mencari hotel pulak punyalah seksa...taknaklah mahal sangat, murah sangat pun taknak, kang nak yang ada swimming pool, kang nak yang ada pantai....
Tapi takpe...try je cari...Alhamdullilah...nasib baik dapat jugak....

Tu pun panjang kisahnya nak mendapatkan tempat nak bermalam tu..huhuhuhu...
So, sambung jelah citer yea....
Kitaorang kan sampai sana dah pukul 1...So, misi mencari bilik haruslah diteruskan....
Kang tak cari kang mana kitaorang nak tidur???mau kang tumpang kat Jimah kang...huhuhuhuhu
First kitaorang pergi tanya adalah kat Selesa Beach Resort...tapi, sampai-sampai je kat reception area terus kena reject ko...terus je receptionist tu kata semua bilik dah full...huwaaaa....
Frust tau, ingatkan sekali tembak terus kena...ehhh..ayat apakah ini????...tapi memang tak ada kan...so, terus proceed cari hotel lain pulak....

Pastu kitaorang susur je sepanjang jalan tu...
Dan dah terberhenti kat Bayu Beach ni....
Tau jelah pilot kan Sept, jenis pulak kalau bawak berdesup je, kata nak cari hotel, tapi tak reti-reti nak slow, punyalah banyak hotel kitaorang terlepas...patutnya berhenti tanya satu-satu kan..??....uppp..terkutuk pulak..sowiii Sept...wink~wink~kang tak pasal-pasal mogok pulak dia...huhuhuhu
Mula-mula tu kitaorang tak tau pun yang kitaorang berhenti ni Bayu Beach Resort, sebab dia punya signboard sangatlah tak perasan...(serius memang perasan langsung , walaupun selama ni pergi PD lalu lalang kat depan hotel ni....)..sampai dalam baru nampak...
Kat sini nak masuk strict sikit..jadi terpaksalah pilot=Sept tunggu kat luar...giler kedekut parking...cisss
Bila tanya kat kaunter tu..katanya bilik untuk 3 orang dah penuh..tapi kalau nak jenis apartment 2 bilik untuk 4 orang adalah lagi...(tu pun tinggal satu je...)...
Bila tanya dia kata harga RM440 tapi tah apa diskaun tah dapat RM350...dapat jugak breakfast untuk 4 orang...(last rupanya RM350 tu harga untuk government servent gitu...ooooo...)
Pastu kata kat adik tu yang kitaorang nak diskas dulu..iyalah...kang kitaorang berdua je setuju, yang pilot tak setuju payah jugak....
Baru nak tanya pilot, dia kata datang kat dia dulu sebab adik mana tah ada offer apartment murah ni...
Terus kitaorang ke Sept a.k.a pilot for the day...
Adik apartment tu pun usha baik punya...terus kitaorang setuju...tapi setuju tengok jelah dulu...
Kang main ambik je menyesal tak sudah pulak kan....

Dia offer apartment satu bilik (dalam Bayu Beach jugak tapi private punya) harga RM180 permalam...tapi breakfast tak ada...
Kata budak tu ada orang akan amik kalau nak tengok apartment tu...kira bawak naik kereta la, sebab apartment tu kat dalam, kang nak jalan jenuh<----ni me katalah...hehehheheh.....
Dipendekkan cerita...Me dengan Mijon je pergi tengok, Sept masih lagi kena menunggu dalam kereta...bila pergi tengok tu mula-mula macam puas hati..tapi hujung-hujung tu pulak bila tanya pasal parking...budak tu kata parking kena kat luar...
Rupanya walaupun parking banyak tapi sebab last minit amik apartment ni pihak hotel tak bagi masuk, kecuali kalau booking apartment ni awal memang automatically dapat parking kat dalam (area hotel dan apartment)....
Lupa pulak...sebenarnya apartment ni pun dalam pagar yang sama dengan Bayu Beach Resort ni...
Cuma Bayu Beach Resort ada satu bangunan Hotel campur apartment, pastu yang belah-belah kiri tu  semuanya ada aparment 1, 2, 3 bilik tapi owner lain-lain (private appartment)...
Lagi adik tu kata kalau duduk situ nanti ada buggy datang amik...nak tau buggy dia apa??kereta kancil....bukan nak mengejek ok..Makcik Viv me pun kecik jugak...
Tapi...
Memang part kereta tu yang jadi serba salah..dahlah dalam kereta tu ada hadiah Ema..hadiah tu je dah habis penuh seat sebelah kat belah belakang tu hahahhaha,motif nak bagitau yang hadiah untuk Ema besar la tu kan...pastu takkan nak bawak turun naik turun naik dari kereta ke aparment tu berpuluh kali kot..iyalah, kereta dah kena parking kat luar kan, takkan nak tinggal hadiah tu suka suki je......(Lupa lagi..apartment adalah dihujung blok, walaupun ada lift, tapi nak ke pintu apartment tu je jalan separuh bangunan okeh...)
Memang agak tak munasabah tau....
Lalu ke orang tu???dengan hadiah lagi, kang beg lagi, yang penting mokcik-mokcik 3 orang ni lagi, mana nak sumbat...?Pastu tau jelah, bangsa kami ni nak berjalan kuar masuk je kerjanya...kang mau nak layan kitorang dari apartment ke kereta yang diparking kat luar berpuluh kali ulang alik bawak kitaorang saja..huhuhu...
Last decide kitaorang cancel yang aparment adik ni, dan terus amik jelah apartment 2 bilik kat hotel tadi sahaja...
Bak kata Mijon, kalau pusing-pusing cari lagi kang buat habis minyak, buang masa lagi, baik amik je yang hotel punya, parking sah-sah kat dalam, pastu kang breakfast siap bagi...
So, tak payah fikir panjang, terus je berdesup pergi ke reception hotel tadi..

Dah setel urusan registration dan payment terus cari apartment kitaorang.....
Ingatkan kitaorang dapat apartment belah kiri hotel macam apartment tadi tu..rupanya tak...
Kitaorang kena naik lift yang sama dengan hotel rupanya...
Hotel apartment No. 410....


Muka masing-masing happy gitu..
Ni gambar masa nak keluar petang pulak ye...

 Layan gambar meraban yang me tangkap..jakun excited punya pasal...kuikuikui
First time dapat peti ais yang sejuk giler..selama ni dapat mesti yang adoo je...


Toilet pertama yang ada tempat untuk shower sekali....
 Dalam apartment ni ada 1 tempat shower dan 2 toilet dengan tempat shower sekali dan satu tu ada bath tup..senang kalau anak ramai, tak berebut...tetiba anak ramai, motif???


Ni bilik air dalam bilik utama pulak...


Ada bath tub lagi u...okeyla...tapi me tak guna pun...
Macam 'scary' je me rasa..huhuhuhuhu...
Lagi satu takde getah untuk toilet bolehh???


Kiri bilik utama, yang 2 pintu terbuka kat tengah-tengah tu bilik air dengan shower mula-mula tadi...
Tapi shower lagi satu tu pun tak guna jugak...
Sebabnya yang toilet lagi satu tu pun dah ada tempat untuk shower....


Ada ruang tamu...


Ada kerusi meja tempat untuk lepak-lepak kat balkoni...
Tapi tak sempat lepak sini pun...tak sempat...


Tu langsir pink tu tingkap bilik...selak langsir nampak balkoni...okeyla kan...



View dari balkoni ke dalam...



Views dari balkoni...
Kitaorang dapat aparment tepi, so tak dapatlah mengadap laut betul-betul...kalau tak mesti view lagi cantik kan...


Gambar dari luar...


Gambar dari dalam...



View dari tingkap....


Kerusi rupa je antik, tapi kusyennya tegap lagi okeh...don't worry...


Mijon

Lorong ke bilik....


TV pesen lama, tapi semua channel ada...motif nak bagitau???hahahahah


Kat tengah ada meja solek...so, fair..semua orang boleh bersolek bersama-sama..hihihihihi


Lain-lain:










Gambar bilik??
Ada, tapi malu nak tempek kat sini, tak sesuai gitu..hihihihihi....
Bilik satu ada katil single dicantum jadi queen, pastu lagi bilik dua katil single (tapi tak boleh dicantum)...
Perasaan masa ni..lega giler...barulah feel bercuti-cuti tu datang kan...?
Tapi kesian Sept, mood dia hilang sebabnya dia tak bawak baju mandi..huhuhuhu....dahlah swimming pool kat sini 'wajib' pakai baju mandi, so member adalah sangat frust..ayat tak boleh blah tu..."kenapa korang tak ingatkan pasal baju mandi...nak merajukkkkk!...tak kira...korang kena bayar lebih.....!!"....la..camtu pulak????hahahaha!
Kata dia lagi..walaupun nak pergi PD tapi asyik ingat nak pergi kenduri Ema je...so napa tak ingatkan dia bawak baju mandi??ewah...ewahhh..sesuko hati je kan...?
Yang kitaorang berdua pulak, kalau dah katapun PD..haruslah baju mandi bawakkan...rugi oo...nanti nak mandi kolam, nak mandi laut lagi...kan..kan...kan...?

Bersambung....

1 comment:

Orang yang yummy....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...