Search This Blog

Wednesday, November 23, 2011

Nama...

Harini tak dapat nak lekat gambar banyak-banyak sebab dah kehabisan gambar gitu jadi me membebel pasal nama yang ada dalam keluarga me sudah...

Su*****...

1-Nama asal empunya blog...me la tu sapa lagi.....-adalah gabungan antara nama Arwah Abah dengan nama emak me...huwahahahaha..romantikkan mereka??siap gabung-gabung nama lagik tau......Mungkin sebab me ni anak sulung mereka, so feeling-feeling 'terlebih' tu ada kot...hihihihihi...

Me kecik-kecik dulu tak berapa gemar sangat nama me ni, me rasa macam...alahai...apasal pendek sangat..pastu macam keIndonan gitu...tapi bila dah 'pandai' sikit dan bila dah tau yang nama me ni adalah hasil gabungan kedua ibu bapa me jadi perasaan tak suka tu dah takde...memang i like my name very much gitu...hehehehehe...then me jugak sebenarnya berterima kasih dekat kedua orang tua me sebab bagi me nama ni, me rasa sangat-sangat grateful tau...kalaulah dapat nama lain lagi haru kan, memang tak terfikir dek akal kalau tetiba nama me lain dari Su*****...so thank you Emak...thank you Abah.......^_^



Suraya Haneem...

2-Nama adik bongsu me Suraya Haneem-Nama ni me yang bagi okeh...disebabkan Anim ni adik terlajak (iyalah dah umur nak masuk 19 baru dapat adik lagi, pastu dah 11 tahun dah takde adik bongsu...), dan disebabkan jugak emak dengan Abah me macam tak berapa kuasa nak mencari nama untuk anak dia yang terlebih bongsu ni jadi bila me suggest-suggest nama sekian-sekian tu diaorang ikut je...kihkihkih..best kan?Masa tu nak masuk penghujung tahun 1999, time tu pulak trend nama dah jadi berangkap-rangkap dan ejaan pulak kemain berbelit-belit (contohnya: Aallieey padahal nak eja Ali je pun...)....

Dan untuk tak terlebih rangkap dan tak terlebih bab ejaan me suggest nama Suraya Haneem kalau dapat adik perempuan dan kalau adik lelaki me nak bagi Adam Shah, Shah Adam atau Adam Saufi gitu...Serius masa time tu emak me tak scan jantina baby okeh, main belasah je...pastu kitaorang pulak macam aim-aim baby baru ni nanti confirm keluar nanti lelaki...huhuhuhu...tapi dah katapun ko tak scan pastu main agak-agak je, maka keluar jugaklah baby perempuan...so terus je bagi Suraya Haneem tu...

Mana me dapat nama Suraya Haneem tu?me ambik sempena nama budak sekolah me yang sangatlah excellent dalam pelajaran, nama dia Suraya Hanim jugak (excellent tak excellent, UPSR 4A, PMR 8A, SPM 9A), pastu pulak me tengok ada dua tiga orang budak sekolah me lagi yang nama ada Hanim Hanim ni yang sangat cemerlang dalam pelajaran...so, amik berkat kata orang, jadi tu yang jadi Suraya Haneem tu......

Suraya tu pulak sebab nak samakan Su yang ada kat pangkal nama kami adik beradik, so fair and square lah kan, kang bagi nama takde Su kang kesian pulak dia sesorang je yang pelik...hehehehhe......Alhamdullilah...nama tu serasi gitu...

Tapi Suraya Haneem yang satu ni dapat ke excellent dalam pelajaran??Alhamdullilah...cukup excellent untuk sapa yang tau Anim ni macammana...hehehheheh...
Lagi satu kan, bila tiap-tiap kali me buat pop quiz  tanya Anim, suka tak nama Suraya Haneem tu??...laju je dia cakap "suka!"...kihkihkih..tiap kali pun kombanglah lobang idung ni kejab....



Al Imraan Suhairi....
3-Nama the one and only my Anak buah-Al Imraan Suhairi-Nama hasil idea me jugak...ewahhh..macam tamak je kan, semuanya me nak bagikan nama...Tapi...ada tapi tu...tang Imraan jelah yang me bagi, yang lain tu campur aduk antara idea Ibunya jugak....
Nama Suhairi tu dapat disebabkan jugak Atie (Ibu Imraan) taknak kecikkan hati bapak mertua dia yang suggest nama Suhairi iaitu gabungan nama antara nama Arwah Abah me dengan nama dia (atuk Imraan belah Ayahnya...)..Kira kreatif jugaklah Atuk Imraan belah lagi satu tu kan..siap bagi sirname lagik....heheheheh....

Pastu me pulak sebab pernah terbaca nama Ali Imran kat buku aturcara majlis masa pergi hari anugerah kat sekolah Anim, Adik Ali Imraan tu dapat result 5A dalam UPSR..bila tengok orangnya pun nampak benar genius, kira macam nama dengan orangnya padanlah kan...Jadi...me suggestlah nama Ali Imran tu kat Atie, konon-konon ambik berkatlah jugak....lagipun nama Ali Imran kan banyak dalam Quran...lagipu orang pandai-pandai ada kata bagi nama tu kena bagi nama dengan makna yang elok, pastu yang kalau panggil tu kena panggil nama yang maksudnya baik baik kan....jadi kena sangatlah kan.......Tu pun setelah banyak lagi nama yang me suggestkan...dan bila dalam confuse confuse tu Atie pun setuju tapi atas perbincangan dengan suaminya.........

Dan, ada lagi...kalau ikut Atie, Ali Imraan atau Suhairi je dah cukup...dia memang nak nama pendek-pendek je...
Tapi sebab suaminya taknak nama anaknya nanti Ali, katanya kesian bila dah sekolah nanti (apakah???), jadi tu yang jadi Al sahaja...
Pastu bila me pulak tak berapa setuju bagi nama Suhairi je...tu yang dicombine combine tu...
Dan bila dah letak nama Al Imraan dengan Suhairi tu pun macam serasi je so terus je bagi nama budak mukmuk Imraan tu Al Imraan Suhairi...muktamatttttt...!

Pastu kenapa nama Al tu takde sengkang?sebabnya peraturan kat pejabat pendaftaran tu dah tak bagi nama ada sengkang-sengkang...so no sengkang-sengkang pun no hal..janji panggil nanti tu sedap....hehehehhehe

Maka inilah cerita nama yang ada dalam keluarga me ni..tiga nama ni jelah yang ada cerita, orang lain tu namanya takde cerita....jadi sekian.....^_^

No comments:

Post a Comment

Orang yang yummy....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...