Bercuti 3 hari 2 malam di Port Dickson (PD) bersama keluarga gitu...
Kitaorang bercuti time orang berkerja dan bersekolah sebabnya kupon yang emak me dapat tu dah tertulis camtu...dia tulis tak boleh guna masa cuti sekolah dan weekend sahaja...
Opss lupa...kupon emak me dapat tu adalah kupon sempena emak me dah pencen dan perkhidmatan 25 tahun bekerja.....tu yang dapat kupon free 3 hari 2 malam kat Corus Paradise, Port Dickson tu...(satu lagi kupon untuk 2 hari 1 malam emak me beli
Jadi dah dapat free haruslah guna kan....(tu pun expired date dah dekat baru mengelupur nak pergi...hihihihihhi)......
Dahlah tahun lepas kitaorang pergi bayar sendiri, jadi tahun ni dah dapat yang free haruslah guna....(kalau nak dapat kena tunggu emak tak MC setahun tak pun kalau dapat perkhidmatan cemerlang, tu pun dah banyak kali burn buang gitu je....)....
Lagipun kalau tak tahun ni, confirm tahun depan dan depan serta depan tu kena bayar sendiri dahlah jawabnya....tak dapat free dahlah kan, katapun emak dah pencen....huhuhuhhu....
Kitaorang buat apa kat sana sampai 3 hari 2 malam tu...?
Haa, kalau tak mandi manda-makan-tidur-makan-mandi manda-tidur-karaoke-makan....ulang-ulang ini jelah pun....katapun PD apalah aktiviti boleh dibuat pun...harap-harap mandi jelah...tu pun kalau pakat-pakat sama rajin, kalau tak lepak-lepak dalam bilik sambil tengok view je sudah....... tu pun best jugak....
Oklah...gambar nanti me tempek kat lain entri ye...tu pun gambar tah apa-apa kot, maklumlah dah selalu sangat pergi, dah tak reti nak amik gambar apa dah...belasah je mana yang ingat....selebihnya boleh je tengok kat entri sebelum ni...sama je kot...hihihihihhi.....
No comments:
Post a Comment
Orang yang yummy....