Search This Blog

Thursday, June 07, 2012

Birthday Treat....^_^

Kisah malam tadi...
Atie berbesar hati nak belanja Birthday girl (Ana) dengan birthday boy (Azrul) makan gitu...
Patutnya masa birthday Ana 31hb haritu lagi dia nak belanja, tapi disebabkan hujan lebat berserta guruh segala, so plan dibatalkan saat-saat akhir....
So, sebelum birthday diaorang bertambah belated, so dia decide nak belanja kitaorang eh silap...birthday girl dan birthday boy malam tadi.....kitaorang yang lain  ni kiranya menumpang perutlah nih....hihihihihi...

Kitaorang makan dekat-dekat sini je...kat Fiske Steakhouse kat keramat AU2 je..
Tempatnya senang nak cari...tepi jalan utama je...depan kilang-kilang tu....
Sebenarnya sebelum nak pergi ni dah survey-survey tempat makan...dan ramai yang suggest (2-3 orang) katanya kat sini ni food dia sedap...so terus je decide ke sana....
Kononnya pulak, semalam tu naklah belikan sebijik kek buat lepas syarat ke apa kan...tapi disebabkan masa macam dah suntuk (iyalah, bawak budak kecik kan...) dan tempat pun tak biasa pergi, so tak payah fikir panjang, terus je kami ke sana tak payah nak beli kek ke apa dah gitu...
Sampai sana pulak nak dekat pukul 9...
Macam awal je kononnya......sekali tidakkkkkkkkkk.....punyalah penuh nak parking kereta pun sampai dah tak tau dah kat mana....
Lagi cantik tu, meja pulak full semuanya...huhuhuhu...
Tapi last last manage jugak untuk dapatkan seats...tu pun walaupun mulanya dah jumpa dah seats kosong kat dalam tu (tempat ada ekon), dapat 2 meja lagi...tapi bila tanya kat adik kedai tu boleh tak nak sambung meja....sekali katanya tak boleh sambung...lagi....kalau nak makan je asing-asing (intonasi baik gitu) bolehh???, lagii.....kat belakang sana boleh sambung meja.....aduh!!sabar jelah...

Last buat muka toya terus ke belakang sana....sekali tengok memang penuh...aduhhh.......tapi entah macam mana berkat baca Ya ALLAH Ya RAZAK banyak-banyak kali dalam hati...terus je time tu dapat tempat, tiba-tiba kosong 2-3 meja kengkawan........huyeiiiiii.....!!!eh...Alhamdullilah....


Tukang belanja~budak baru bangun tidur~birthday girl



Pandai ni...
Mula-mula buat muka selenga, lepas tu bila orang amik gambar terus buat muka konon-konon ayu pulak gitu....pandai berlakon tau...hihihhihhi
Paling kelakar, bila bebudak yang duduk kat belakang me ni (big group) duduk bergelak ketawa, Imraan pun join sekali okeh...siap buat gaya bergelak ketawa sekali...
Yang satu part tu bebudak tu siap tepuk tangan beramai-ramai...dia pun sekali join jugak....kemain galok lagi dia.....hihihihihhi....
Apapun malam tadi Imraan good boy tau....tak buat perangai gitu....so, lain kali boleh dah dibawak ke majlis...hihihihihhi


Lama jugak nak tunggu diaorang serve...tapi takpe...katapun ramai orang...
So, lambat sikit serve pun takpe...janji ko serve ye tak??hihihihihik



Emak dan Anim...
Alamak, gambar birthday boy tak masuklah pulak...
Me ni satu, kalau tempat bising atau ramai orang atau food adalah so and so atau tak sedap memang me tak rajin nak amik gambar...gambar pulak kalau amik pun memang tak ikhlas, lagi-lagi kalau amik gambar time malam, lagilah kan, kang amik beria pun gambar macam hape...macam parkison terlebih gitu...memang amik konon-konon jelah jadinya....huhuhuhu...



Me, Anim, Atie dan Ana amik set Chicken Grill nih....
Emak amik Spaghetti Bolognese (tak reti nak eja aikhhhh)....Azrul pulak amik nasi dengan Asam Pedas....
Tapi tulah...Azrul punya makanan sampai ke sudah tak sampai-sampai (2 kali remindkan staff kat situ okeh...).....lupa tanak nasi ke apa nih????tak pasal-pasal jugak birthday boy kena habiskan makanan orang lain yang makan tak berapa macam nak makan nih....huhuhuhuhu..kesian dia....
Kitaorang bergerak balik pun nak pukul 10.30 pm...kejab je kan....?

Food review:
Ni ikhlas dari apa yang me rasa malam tadi yek....no heart feeling tau....
Ayam nicely cook...tapi gravy tak best....macam sesuatu terlebih di situ...
Mashed Potato, Baked Potato dengan Coleslaw dia terbaik...sedap...
Mushroom Sup dia pekat, tapi termasin sikiiiitttt.....tapi Garlic Bread dia best....rangup sedap okeh...
Air dia macam biasa selalu tu....

Apapun terima kasih Atie sebab belanja kitaorang makan....
This month birthday Atie pulak...tak tau nak makan beramai kat mana dah ni....takpe...kita fikir...fikir...fikir....

Sekian.....^_^


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Post a Comment

Orang yang yummy....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...