Search This Blog

Tuesday, October 22, 2013

Roti ala Piza...

Buat entri bodoh-bodoh jelah sebab i is masih tak berapa nak sihat....(walaupun cara menaip macam sihat bebeno kan....khohkohkoh!eh, terbatuk kat sini pulak)




Hari Sabtu...pagi-pagi dah terajin....eh memang susah nak tengok Su rajin tau, kalau malas tu pasti......
Kebetulan hari Khamis Anim bawak balik 2 buku roti, sekolah dia sedekah roti kat anak-anak murid katanya....tapi tah kenapa dia dengan 5-6 orang kawan dia dapat pulak sampai 2 buku....so tak memasal dah sebeban roti pulak ada kat rumah kitaorang (tu tak termasuk ada lagi sebuku roti gardenia yang emak me beli...).......
Emak pulak 14 kali dok cakap nak buat bingka roti..nak buat bingka roti tapi tak buat-buat pun...cisss.......so terus laju-laju me cari akal nak camnelah gunakan roti tu....(kami ni tak pulak berapa minat rotilah..so memang hazab je nak habiskan 2 buku roti tu...)....
Dah penin-penin lalat dok fikir terus teringat kan roti ala piza tu...
Nasib baiklah memang cara nak buat tu simple je kan...so alang-alang bahan memang dah ada kat rumah so kita buatttttt......
Bahan-bahan asas...ewahhhhhh.....ada roti, sos pasta preggo dalam tin tu, sosej yang dihiris-hiris nipis, cendawan dalam tin yang dihiris nipis-nipis jugak dengan Bawang besar yang dihiris.....
Susu tu tak termasuk dalam resepi ye...tu hiasan semata-mata tau....



Hasilnya....kemahin lagi meating cheesenya ye.....
Eh lupa pulak, kena ada cheese jugak...tapi disebabkan me takde cheese mozzarella so me guna Chedar Cheese yang keping-keping tu jek....jadilah..... 
Belasah jelah kan...kita yang buat dia, bukan dia yang buat kita.....eheheheheh....
Yang ni me tak bakar guna oven pun...guna pemanggang ajaib je sudah...
Tapi tulah, yang first batch tu undercooklah...cheese pun tak sempat nak cair...tak reti nak budget api dengan berapa lama nak kena biar kan.....pastu yang second batch pulak (yang ini) cheesenya cair tapi bawahnya rentung..kikikih....dah terovercooked pulak dah...sabar jelah....
Rentung tu tak boleh buat apa-apalah kan....yang pasti rasanya lagi sikittttttt je nak rasa pizza hut tau....^_^






2 comments:

  1. good idea!!! cumanya kalau nak roti tahan lama dan masih boleh dimakan walaupun dah expired 2-3 hari, masukkan roti dalam fridge. tapi bila nak makan tu kne panaskan atas kuali kejap or masukkan dalam bread toaster terus kalau nak roti bakor. unless suka makan roti sejuk. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Idea cilok-cilok je ni Aliaa..hehehehe....

      First time dengar ur petua....tq...tq..nanti nak kena cuba.....^_^

      Delete

Orang yang yummy....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...