Hari Isnin pagi Atie call me...Atie bagitau yang Imraan dari malam tadi (Ahad) kena Diarrhea (cherry berry)...yang paling mengejutkan dan merisaukan tu Atie cakap cherry berry Imraan tu mula-mula macam biasa je, tapi dah hujung last tu nanti berserta dengan lendiran darah pulak...ayo!!kenapa macam tu...??
So tengah hari tu jugak terus Ayahnya balik then bawak pergi ke hospital...kat hospital tu doktor pun agak terkejut...kenapa macam tu pulak kan...?selalunya orang kena Diarrhea ni takde pulak sampai ke tahap lendir berdarah tu pulak...so doctor suggest suruh Imraan admit wad...
Tapi, atas persetujuan bersama Atie dan Azrul, diaorang decided nak monitor sendiri je dulu Imraan kat rumah sebab masa tu Imraan dah takde tanda-tanda cherry berry tu lagi dah....
So hari Selasanya Ayahnya cuti dok menjaga Imraan kat rumah....again, yang peliknya Imraan dah takde cherry berry tu dah...kiranya dari start jumpa doktor sampailah hari Selasa tu Imraan dah takde berak-berak dah...tapiiiii....
Elok je petang Selasa tu Imraan dah start balik cherry berry....huuuu....kiranya start balik tu macam first day kena tu jugak...dan yang paling menakutkan tu yang last tu masih lagi lendir berdarah...huhuhu...
So malam tu jugak terus Ayahnya bawak Imraan pergi hospital admit wad...huhuhu...
So..petang semalam pergilah melawat Imraan kejab...
Mata sembab...kesian je dia kan...huuuuu
Mula-mula mati-mati Makcik ingatkan Imraan jadi sembab tu sebab dok hospital..huuuuu rupanya Opah kata Imraan baru bangun tidur....
Imraan memang jenis kalau bangun tidur mata tu jadi sembab...so bila dah tau baru bangun tidur tu terus makcik tak jadi nak terkejut..hihihhi...
Bangun tidur pastu lapar...
So Opah suapkan bubur nasi yang hospital bagi....okeylah..makanlah jugak walapun tak luak separuh mangkuk pun....
Taknak makan bubur pastu nak makan waffle (hospital bagi jugak) pulak..so Opah suapkan..habislah nak dekat separuh....
Walapun sakit tapi remote tetap dia yang nak pegang....pastu tak habis-habis sebut "iwi..iwiii...."..tu maksudnya nak suruh tukar channel kartun....
Yea..Imraan ni almost 3 years old...tapi tak reti lagi bercakap....bila Ibunya tanya doktor, 14 kali doktor cakap "takpe...boys memang lambat bercakap..." huuuu....nak percaya ke tak percaya kalau korang???
Cik Ana betulkan baju....
Imraan sopan je masa dok hospital..good boy.....
Pelik bin ajaib bila dia elok je tengok tv yang channelnya sama satu hari suntuk tu (kalau kat rumah Opah 40 kali seminit asyik suruh tukar channels je..so haruslah kepelikkan di sini..hehehe...)....
Cubaan Cik Ana nak tidur atas katil Imraan hampir-hampir tak berjaya...haha!
Fyi, Imraan paling "anti" dengan Cik Ana dan Usu Anim ye......paling fav haruslah Makcik dia kan...ehehehehe...eh, betul tau!
Tu Opah...tukang jaga Imraan dari pukul 3 tadi....ni kitaorang datang melawat ni kiranya nak amik Opah sekalilah..nak tukar shift balik dengan Ayah Imraan....
Imraan...boss besar ni....kaki silang pangku lagik....
Ni kalau nak tau dapat dari keturunan Arwah Abah me ni...eh makcik pun sama okeh......pantang je tengah lepak-lepak baring or tidur mesti auto kaki ke atas...macam jutawan dah gayanya kan...huuuuu
Tadi pagi call Atie...katanya Imraan dah tak berak dah...so ingatkan nak mintaklah keluar wad hari jugak.....
Tapi tulah...doctor tak bagi pulak..doctor kata nak tengok tooottt Imraan jugakk.....huhuhu....so nak taknak kenalah tunggu sampai Imraan berak pulak....haritu doktor dapat tengok gambar je Azrul amik kat hp..so kalau boleh doktor nak tengok sendiri....doktor tak puas hati sebab result darah Imraan clear takde apa-apa..jadi dia pelik kenapa Imraan Diarhea dan demam je tapi sampai macam tu sekali jadinya.......
Apapun, me doakan Imraan supaya cepat keluar hospital...cepat sembuh...semoga Imraan tak ada apa-apa...sihat je...Amin....
Ni kaki me baru amik tadi...kaki bengkak okeh...
Banyak duduk pun iya...tapi mungkin sebab ubat pun iya...
So disebabkan sebelum ni doktor ada bagi ubat surut bengkak so pukul 11 lebih pagi tadi me pun makanlah ubat tu...akibatnya dari pukul 12.45 tengah hari tadi sampailah sekarang dah lebih 5 kali me ke toilet..huhuhu..dahlah tu..ni betul-betul jenis panggilan pulau ek...kalau nak kena gi toilet tu takdenya boleh tunggu ke apa..jenis kalau nak pergi, masa ini jugak ko kena gi, kalau tak memang keciciranlah jawabnya...seksanya weiihhh...(nasib baik toilet sekangkang monyet dah sampai...huuu)...
Lama dah tak kena bengkak kaki ni. Ubatnya mmg kencing jela baru lega. Tapi doktor nak bagi sopan bunyi ckplah ubat surut bengkak, padahal...
ReplyDeletedidoakan imraan cepat sembuh...
ReplyDeleteeh, sue. nape kaki bengkak tu? water retention mungkin? nanti cuba baring, tinggikan bahagian kaki...