Search This Blog

Thursday, December 26, 2019

Checkup....

Kisah checkup Adik lagi….




Ni pagi hari Isnin minggu yang lepas….(16 Disember 2019)….
Pagi tu Me amik Cuti Pendek sebab nak kena bawak Adik ke KK (yang kitaorang gi ni Klinik Desa Uolls…tapi memang khas untuk Ibu dan Anak)…..
Kejab, FYI yang Me tau, kalau nak bawak anak untuk appointment kesihatan dia (anak dari umur lepas lahir sampai 6 tahun) kena bawak kat Klinik Kesihatan (KK) yang terdekat dengan rumah (ni untuk yang marhain macam Me nilah...prefer yang kerajaan punya)...….
KK terdekat dengan rumah pun kena ikut kawasan okeh….ikut poskod camtulah rasanya….
So kalau nak tau korang tu kawasan mana, rajin-rajinlah tanya jiran tetangga or pergilah ke KK mana-mana yang terdekat dengan rumah…
Sebabnya nanti senang, takdelah dah sampai KK kang kena reject pulak hehe....
Yang Me tau diaorang buat camtu sebab senang nak monitoring kalau-kalaulah anak kita ni ada tiba-tiba dapat penyakit apa-apa bawaan (berjangkit), so senang nak cari punca penyakit tu dari mana...
Selain tu mungkin sebab nak mengelakkan certains klinik tu sesak..ikut catuan kawasan dan penduduk gitu…..(salah jangan marah aaa hehe)…...
Ok, pagi tu kitaorang pergi breakfast dulu ye (appointment lambat sikit haritu, so bolehlah carik makan dulu)….
So pagi tukitoarang makan kat Mamak Thaj jek (depan rumah je Uolls), senang…
Me order Roti Canai kuah banjir satu….
Me kan kalau nak order Roti Canai macam atas ni Me tak reti sebut Roti Kosong ye (bukan tak reti, reti je sebut okeh..tapi tak biasa)..
Kiranya kalau order memang akan sebut Roti Canai kuah banjir satuuu gituuu...bagi Me kalau Roti Canai tu maknanya Roti Canai Kosong ler….kalau nak yang lain baru sebut Roti Sardin ke, Roti Telur ke gitu….(kisah pulak korang khen kihkihkih)….









Selalu sangat nampak orang lain makan Telur gini, so trylah order....
Ingatkan nak sebiji jek..sekali dia dah buatkan dua biji...so takpelah..kita makan jelah….
Mula-mula tu Me makan sebiji dulu...huuuui sedapnyerrrrr……
Sekali OT kata habiskan lagi sebiji tu Yang....so makan lagi sebijik….
Alamakkkkk...I is cannot go dah pulak……
So sekianlah lepas ni tak mintak dah Telur setengah masak okeh hehehe...terus rasa OK dah rasa!.....









Adik pagi tu.…









Ni kalau Adik kaki dah naik atas gini, OT panggil Adik, Boss Kikiki....
Kaki naik atas masa baring ni dah macam style Wan tidur dah ni (OT panggil Mak, Queen kihkihkikh)……
Tu baju dah bertukar Uolls….elok tengah duduk tunggu turn, sekali Adik batuk nak termuntah (spesis Usu Anim nih, kalau bau apa-apa yang kuat memang laju je nak muntah)…..
Nasib baiklah Me sempat angkat Adik Uolls….
Elok Me angkat sekali kau terbelahak terus….
Pastu nasib baiklah bukan dalam klinik, kat luar (muntah pun atas jalan TAR)….syukuuur..kalau tak taktaulah apa lagi yang Me dengan OT kena buat okeh huhu)…..












Ni petang tu..dah kat rumah dah....
Ni sementara tunggu Abah balik dari kerja…..
Adik ni macam ada Eczema...gatal-gatal naik kat muka...tapi jenis tak lama, kang naik macam ni, kang letak cream muka (Me pakai nappy cream jek), kang OK balik….
Me cakap macam Eczema sebab bila jumpa doctor pakar kanak-kanak, bila tunjuk dan tanya kat doctor,  doctor tak cakap pun yang ni Eczema...
Doktor pakar tu just suruh Me sapu apa-apa cream muka je (doc cakap pun macam lek lek takde apa-apa okeh huhu)……
Tapi tulah, ni malam tadi Adik is tak boleh tidur Uolls….muka dia yang belah kanan ni dia dok sapu-sapu dengan tangan dia (gatal sangatlah kot tu), pastu tau-tau masa nak tidur tempat yang dia dok sapu-sapu tu dah jadi berair (ni dah macam Mama masa mengandung haritu Uolls..Mama kan pernah gatal kat muka pastu dok garu-garu sakan, tau-tau dah berair dah tempat gatal tu huhu)…
Kesian okeh…..
Ni memang Me salahkan OT (boleh??), sebab masa tengah tengok TV tu Me dah nampak dah Adik is dok sapu-sapu muka dia (dengan tangan)…
Me dah panggil dah, suruh  OT stopkan (Me tengah gosok baju, so dapat suruh jelah OT yang duduk dekat dengan anak tu)…
Tapi tulah...OT is buat taktau (boleh dia tengok je anak tu Uolls)..kan dah jadi apa?
Bila dah jadi camni reti pulak OT is diam...(kalau tak bercekaule duaorang nih okeh..masing-masing kan kuat berdebat huhu)……
Ni yang belah kiri dah kurang banyak dah...dah sebelah kanan jadi macam kulit terbakar tu...kesianlah anak Mama....











Ni dah kat rumah Opah….
Malam tu kitaorang terus shot ke rumah Opah...sebab esoknya Adik is kena gi jumpa pakar ENT kat hospital pulak….
Appointment ni baru dapat seminggu sebelum tu Uollls...due tu masalah hidung adik selalu blocked (Mak OT, abang dia yang tolong jagakan)...
Ni malam-malam pun kisah saya nak makan Lompat Tikam hehehe.....
Sedapnya Uolls….
Wajib Iolls bila makan kena kuah putih tu lebih….
Pastu Emak tak buat pun pulut merah macam selalu kalau kita makan Lompat Tikam tu ye...tapi takpe...Iolls lagi suka version yang gini jek….dah terlebih sedap dah untuk Me...…












Rumah Opah dah macam breakfast kat hotel Uolls….
Pagi tu ada Nasi Goreng Kampung dengan Telur Mata...pastu ada Lompat Tikam..pastu ada jugak Waffles coklat nih hehehe.....
Ni waffle maker kan memang Me dah beli dah duluuu tu (lagi sikit nak jadi tukun Uolls)....
Ni pun kebetulan masa Opah pergi kedai bakeri sekali terjumpa premix Waffle, so tu yang Opah buat tu.…(jimat masa lah kalau nak berwaffle tetiba, sebab tinggal nak bancuh premix tu jek)
Ni Opah buat untuk cucu Uolls, Iolls tumpang jek….(ni baru tumpeng ye, kalau menetap macam sebelum ni korang bayangkan macamana punya sakan kitaorang makan hehehe)…….










Ni dah habis appointment kat Klinik Pakar ENT....
Muka sedih tu Uolls..kesian tau....
Adik kalau rambut dia serabut sangat (habis merebu), Me panggil  Adik..napa rambut Adik dah macam anak Orang Utan nih kikihih….(habislah Mama kena kecam sebab body shaming anak sendirik)…..
Nak citer pasal car seat Adik ni dulu…
Me beli kat Carseat nih kat babyfair..brand Sweet Cherry Uolls….harga masa beli RM230...
Me kan beli nak yang murah, nak yang elok je khen hehe...tapi memang pun...jenuh kat babyfair tu Me dengan OT dok rasa-rasa carseats yang ada tu ye....
Sebab ada je carseat yang harga mahal sikit (brand pun kemain), tapi rasa betul plastic dalam dia tu okeh….
So selepas timbang tolak (still stick to our budgetle kan), so OT dan Me pilih yang nih….(samalah stroller pun...)…
Yang kitaorang beli nih jenis convertible....ada 3 positions adjustable reclining..
Car seat ni memang untuk baby dari umur baru lahir dan ke atas (kebetulan masa cari tu jumpa yang boleh pakai dari umur baru lahir sampai besar)...…
Cuma satu jelah, sebab seats kereta Me ni macam pelik sikit (berlekuk-lekuk pastu kejung plus kereta kecik Uolls), jadi bila letak carseat nih (walapun level paling rendah baring tu), tetaplah rupa dia macam tinggi...dahlah tu kerusi Adik is jadi senget sebelah sikit Uolls)









Me bersyukur Uolls, Adik ni walau apapun dia memang senang nak gelak n senyum….
Ni sebenarnya lepas hidung adik kena scope okeh (taip ni pun Me dah rasa nak menangiss…)…
Masa jumpa pakar ENT tu, doctor suggest buat scope (masukkan camera kecik kat salur hidung Adik)..
OT dengan Me setuju ye Uolls…selagi tak check mana nak tau punca segala benda kan?
Masa scope tu Me ikut masuk (tak kisah dah pasal seriau ke apa, anak punya pasal)….tapi tetaplah OT is pegangkan anak (Me rasa lepas ni kalau kena lagi, baik Me yang pegangkan anak okeh..sebab Iolls tak payah nak tengok semua proses..kesian sangat tau)…..
Bila dah buat scope, Alhamdullillah hidung Adik clear, takde masalah….
Ada sikit hingus kat hidung, tapi saluran tekak semua ok...
Nampak tak lobang hidung Adik belah kiri tu macam gelap sikit?tu sebab berdarah Uolls….
Doktor awal lagi dah cakap, kita masukkan camera nanti akan ada pendarahan sikit (kesiannya anak Mama)…..
Ni buat scope sebab hidung Adik kerap sangat blocked...
Memang bila jumpa doctor klinik biasa, doctor akan cakap lung adik clear (maksudnya hingus kat hidung saja)...tapi pelik sebab kerap sangat tersumbat Uolls…
So doctor pakar cakap, bila dah buat scope tu tengok takde apa-apa, so maksudnya hidung Adik ni sensetif….
So kena lebih allert...segala yang berabuk, yang boleh mengumpul abuk kitaorang kena avoidkan…
Pastu pakar pun suggest tukar susu Adik (kena keep tukar nak tengok macamana)….tapi kitaorang pakai Novalac AR (doctor pakar kanak-kanak yang suggest pakai susu formula khas untuk Anti-Reflux (AR)….)...
Alhamdulillah...sejak balik dari Pakar ENT, memang hidung Adik banyak sangat kurang blockednya ye....


TAMAT









No comments:

Post a Comment

Orang yang yummy....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...