Search This Blog

Thursday, August 03, 2023

Pelik Pelik #1

Assalamualaikum..hi semua...

Satu
Ni OT citer kat Me (lama dah OT citer..tapi of course Me akan ingat sampai matik).....
Situasinya..
Selepas selesai kitaorang akad nikah..tengah sesi amik gambar beramai-ramai (ikut turns dengan ahli keluarga dan jemputan yang sudi amik gambar dengan kitaorang)....
OT kata masa tu tengah nak amik gambar (tengah setting-setting nak berdiri kat mana or belah mana)...sekali ada Makcik ni (Mak kenalan Me) cakap kat OT (ayat lebih kurang bermaksud macam nih)... "kalaulah Makcik tau, Makcik dah kenalkan dah S*** kat **** (OT) dulu dah"....korang ghaser??😐..kecik hati kita tau wakkk😩...
OT citer tu pastu sambung cakap (silalah yang bercakap tu terasa)...memang takde laaaa...takdenya nak kat anak dia...dengan teetnya dengan tuutnya (dah habis semua body shaming keluar ko haaaa....geram sangat kot dah OT😆)....
Tapi padanlah punn...salah Mak orang tu lah kan..anak takde apa-apa, Mak yang lebih-lebih...dah tak memasal anak yang kena hamun..buat dosa kering jelah memasing poonnn😅...

Dua
Ni baru jadi bulan lepas rasanya (tak ingat exactly bila tapi kira baru-baru nih jugak)..
Kisahnya...
Me tengah layan anak kat playground bawah rumah...
OT pulak tengah duduk kat kerusi (bangku simen petak segi empat kat depan kitoarang jek)....
Datang sorang jiran nih (perempuan dah kawin...dia nih sebenarnya kenalan Kakak OT, tapi OT n Me tak kenal rapat pun dengan dia pun..dah pindah rumah baru, dah jadi jiran sepangsapuri barulah kenal..tu pun gitu-gitu takat hai hai kalau terserempak jek)....
OK tengah memasing sorang layan anak, sorang lagi tengah duduk tu, datanglah jiran nih...
Dia nampak OT then terus panggil OT then terus duduk sebelah OT (walapun tengah-tengah bangku simen tu ada barang-barang sikit, tapi percayalah kalau kita ni jenis tau malu tau segan, kita takkan duduk kat situ ye, lagipun sebelah kerusi tu ada jek kerusi lagi yang kosong, takat nak duduk borak takdenya tak dengar sebab jarak kerusi yang ada tu dekat jek Uolls..)..
Pastu Me perasan tau, dia duduk situ jek Me boleh nampak muka OT dah berubah ye (OT pulak yang segan)....n sebab Me pulak memang tengah layan anak so kita lantakkan jek...
Jiran tu duduk-duduk jek terus  pulak boleh sokseksoksek borak dengan OT (kemain macam dia bercakap tu macam berbisik-bisik)..dahlah tu cara macam Me dengan Anak tak wujud....(tegur Me pun takde ye, gi pun macam tu jek)...
Dipendekkan cerita...sebagai binik yang disakiti😑, balik tu Me tanyalah OT apa yang jiran tu nak/cakap?
OT cakap jiran tu jual ubat (macam MLM tu)...
Lerrrrr😐...ingatkan apalah kan....
Tapi bagi Me n (OT pun sama), kitoarang rasa tak patut ye dia buat camtu...kitaorang laki bini ada jek kat situ..boleh je nak mejual ubat tu kat dua-dua orang sekali (bukan besar pun playground tu Uolls..pastu takde orang lain pun masa tu)...
Tapi kan...Me memang bersangka buruk ye dengan jiran yang itu...sebab Me nampak yang dari awal kitoarang pindah lagik bila setiap kali dia ternampak OT, dia jadik macam"galok galok" sikit Uolls....(lek lek sudah...malulah sikit awak tu bini n mak orang...)....
Instinct sebagai seorang BINIK ye Uolls...kita boleh rasa ye (nak kata Me penjelous..eh lantakkk...dah laki kita kan...tak jeleous maknanya ko yang ada something wrong somewhere😅)....
Me nampak ye..dengan orang lain nampak je dia ramah tamah, tapi bila dengan lakik Iolls napa dia kemain jadik lain..kemain ceria betulll...kemain galok-galok nyaaa...obvious sangatttt...



Kalau yang berkenaan tu baca nih eloklaaa.........
Yang No. satu...jangan terlebih confident ingat sebab OT kawin dengan Me (iyalah Me ni buruk/tak cantik kan, pastu takde sapa yang nak kan Me sebelum sebelum nih)..dah semua perempuan dalam dunia nih (paling-paling yang OT jumpa or nampak), OT nak/suka...
Takde maknanya ye...silalah percaya..beauty is in the eyes of beholder (pinjam ayat Scammer Rick dulu😂)...
Kecantikan nih subjective (pastu taste manusia ni pun berbeza-beza..kalau takdelah OT nak hamun-hamun orang lain sampai keluar ayat body shaming kan)...orang yang tau jek tau ye (ala..ko rasa orang tu tak cantik, tapi kat orang lain orang tu cantik jek..ha mana ko nak tau kannnn?)......
Pastu tak semestikan kau rasa kau lebih cantik, kau tengok orang tu yang hado, dah rasa kau yang sepatutnya or kau lagi berhak dengan orang sekian-sekian tu...eh takdeeeenyaaaa....
Kau cantik/hensem atau lagi cantik/lagi hensem, tapi orang tu takde feel dengan kau..memang takdenya dia nak kau macam tu jek (cinta tak boleh dipaksa ye..tapi boleh ditipu gituuu)...
Pastu kalau kau tak cantik tak hensem pulak jangan ingat takde sesiapa nak feel kat kauu..eh ada je ye (selalaunya cuma dia tunjuk tak tunjuk jek, berani atau tak jek Uolls)....
Pastu nak sayang orang bukan senang nak sayang gitu jek...ingat kau rasa kau boleh dengan orang tu, pastu kau boleh nak sayang gitu jek?dia pun boleh sayang kau gitu jek??takdeeee....
Muka or kecantikan bukan segalanya ye..personality tu yang kena ada.......
Kita nak sayang orang bukan kena paksa paksa ye..dia datang sendirik..samalah kes adjust mengadjust tu pun..ingat adjust terus boleh suka ke?(kecuali memang awal-awal tu dah ada chemisty..tu lain)....
Pastu kalau sayang pun kalau tak serasi payah jugaklah jadinya...
Pastu kalau harap serasi jek tapi banyak benda yang menyakitkan hati pun tak jalan jugak Uolls...
Semuanya subjective...
Lagi satu jodoh ye..dah jodoh dia dengan orang tu..kau nak pertikai apa lagik??

Yang nombor dua....
Janganlah tengok pasangan orang tu tak seberapa (dalam kes Me nih), dah ko pulak nak up diri kau...
Kat dalam fikiran ko kata bini dia kan yang hado je, so mestilah kau ingat takat (muka) kau boleh jek kau nak bagi laki orang tu layan kauu (iyalah kau yang lagik hot kan)...tu yang tergedik-gedik bila nampak laki orang (sampai tak ingat laki dengan anak sendirik dah)...
Seriuslah...kalau betul kau memang lagi cantik takpe..tapi hmm lahaiiii... (apalah motive dia ye)..
Takat nak buktikan yang kau lagi herlok dari bini dia (tu yang beria-ia macam cuba try test laki kita tu), takpayahlah....sudah-sudahlah (meh cermin mana cermin😆)....
Pegang satu jek lah...cer orang lain buat kat kau camtu?apa rasanya...?

Ni Me saja nak cerita tau..nauzubillahlah jangan jadik kat diri sendiri (jangan Me pulak jadi galok galok gitu oiii...maluuu kat oghang n kat Tuhan)......
Apa yang ada ni Me dah bersyukur sangat-sangat....Alhamdulillah...
Semoga family Me dijauhkan dari anasir-anasir yang negative dan buruk macam tu....Aamiin...
**Mentang-mentang kita ni muka blur-blur, tapi janganlah cara tu macam kita ni takde otak nak berfikir pulak....
Banyak je benda-benda yang kena kat Me umpama Me nih takde otak, takde hati takde perasaan Uolls..banyak yang kutahan Jebatt...(tak tahan kita up kat sini ye hehe)





4 comments:

  1. Isk isk. Itulah. Sesetengah perempuan mmg takde rasa malu. Sepatutnya malu tu lebih sikit terutamanya dgn yg bukan mahram ni.

    ReplyDelete
  2. Kadang ada jenis yang cakap langsung tak fikir perasaan orang kan...
    Sedangkan dia juga perempuan..
    huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak..nampak jenis tak hormat orang lain...

      Delete

Orang yang yummy....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...