Search This Blog

Monday, July 01, 2024

Niat Tak Menghalalkan Cara..

Assalamualaikum..hi semua..


Credit pic from FB..
Isu tengah hot kan sekarang..?
Wallahualam...





Tapi Me ada pengalaman sendiri ye..citer tak sama, tapi hampir nak serupa..
 1 day kawan dari zaman sekolah menengah dulu tiba² WA Me...
Kawan yang kenal gitu² je ye (bukan 1 class pun, kat sekolah pun takde bertegur sapa..mungkin dapat no dari FB alumni sekolah), dah habis sekolah 26 tahun tak pernah bertanya kabar, 26 tahun tak pernah jumpa ke apa tau², apapun takde tapi tetiba WA Me..
Tujuan WA boleh baca kat atas ni..
Mula² Me macam oo bagusnya, sebab tujuannya untuk infak untuk anak-anak yatim..
Pastu baca lagi, eh infak kan, tapi kenapa amount duit tu ditetapkan pulak?patutnya ikut seikhlas hati yang memderma la kan?patutnyalah...tapi takpelah, ada amount tertentu tu mungkin disebabkan ada tujuan khas iaitu nak bagi sorang 1 anak tu 1 choco tub (senang nak kiralah kot kan).....
Pastu hujung WA pulak Me tengok duit infak tu kena masukkan ke dalam akaun personal "kawan" Me tu, kat sini start la Me dah macam hmmmm🤔..
OK..tu tak kisah lagi..tapi bila Me tengok/check okeh kat FB "kawan" Me ni, Me tengokkkk laaa dia nih agen/tukang jual choco tub tu Uolls...
Nak husnuzon pun payah sebab, kalau pun choco tub tu semua (dari hasil kutipan) dapat kat anak² yatim tu, dah kenapa ko jual (buat kutipan) guna harga biasa ko jual?
Me dah check jugak harga choco tub tu ye, eh sama je harga jual kat luar..maknanya kat sini sambil dia kutip untuk infak, ada jugak keuntungan dia atas sebab dia seller choco tub tu...
Eh niat tak menghalalkan cara ye..tujuan/niat tu betul..tapi cara tu betul tak?
Ko nak bersedekah/buat pahala, tapi ko amik peluang nak meniaga/nak untung jugak pulak...
Dia macam pahala bantu anak² yatim dia nak, untung meniaga pun dia nak..

Ya Allah..takutnya..
Ni yang memang Me jumpa ye..kes terpencil..
Mungkin ada yang kata, kalau sedekah or menderma or buat infak tu kenalah ikhlas..kita dah bagi, sedekah/derma/infak kita tu hanya ALLAH jek yang menghisabnya....
Betulll..tapi tu kalau yang kecik-kecik (macam Me selalunya sedekah etc tu amount yang kecik-kecik jek) tu takpelah nak kata gitu...tapi kalau dah sampai ribu-ribu, ratus ribu n juta-juta?..
Bayangkanlah yang sepatutnya terima tu tertunggu-tunggu tapi tak dapat-dapat, pastu kalau dapat pulak amount tu tak sepatutnya (pihak yang mengelola tu tak amanah?), takkanlah kita nak diamkan/biarkan?
Sedihkan..?
Benda nih macam eh takpelah, biarlah...tapi betul ke gitu caranya?
Rasanya kalau kita nak sedekah/menderma/infak amount yang banyak, kenalah carik badan yang berdaftar (yang dibenarkan menerima kutipan duit dari orang awam) kan...In sha ALLAH ok....
Elok rasanya lepas² ni kalau kita nak bersedekah yang kecik-kecik  ni better kita sedekah kat orang² terdekat dengan kita, n secara direct je kan..bila macam ni dah jadi mendatangkan fitnah pun iya kan...
Wallahualam..








No comments:

Post a Comment

Orang yang yummy....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...