Assalamualaikum..hi semua...
Kisahnya..
Orang lain masak Nasi Lemak pagi-pagi kan?Me tak ye...dah nak tengah hari baru masak hihi...
Ni OTlah nih...ingatkan OT just cakap je Yang esok (Ahad) nak Me masakkan Nasi Lemak...dah lama tak makan Nasi Lemak yang Ayang masak..gituuu...
Masa OT WA tu Me macam OK (kalau rajin hihi)...sebabnya niat Me nak masak benda lain Uolls...
Tapiiii...esoknya tu (hari Ahad), walapun dah nak tengah hari (masa tu dalam pukul 11am), OT tanya Me.....Ayang tak masak ke Nasi Lemak?..Me macam...tak (hihihi)....kan dah nak tengah hari dah nih (breakfast Me goreng-goreng apa yang ada jek Uolls, sebab nak tengah hari baru nak masak betul-betul)...
Sekali OT jawab..masakla Yang...dah tengah hari pun takpe...la kesiannya..teringin sangat dah rupa-rupanya....
OT nih jarang-jarang nak request tau..so dah macam tu, tu yang nak tengah hari pun Me masakkan jugak Nasi Lemak hehe....
Nasi Lemak yang Me masak nih ikut cara Mak Me masak Uolls...
Just letak air+santan, garam, gula sikittt, minyak sikittt n Daun Pandan...
Nilah first timenya yang Me buat betul-betul rasa sebijik macam Mak Me buat...secukup lemak, n nasik dia wangiii betullll....
Nilah first timenya yang Me buat betul-betul rasa sebijik macam Mak Me buat...secukup lemak, n nasik dia wangiii betullll....
Kalau tak selalunya ada jek yang tak kena Uolls..tak lemak la..tak wangi la...memang tak sama langsung dengan Mak buat😅.....
Ni Me masak guna beras biasa sebab setiap kali Me masak nasik lemak kalau guna beras basmati mesti tak best sangat jadiknya...
Ni pun masa masak Me dah macam..nak guna beras apa nih?sebab Me ada jugak beras siam yang pack kecik tu Uolls....last pilih guna beras biasa jek..settle...
Condiments....
First time jugaklah Telur Rebus tu jadik senonoh helok jek hahaha....
Selalunya kalau tak overcooked, tak pun mesti undercooked...pastu yang geram tu bila kupas kulit dia tu mesti habis melekat-lekat semuanya...tak lawa jadiknya Uolls sebab habis pecah-pecah tak senonoh....
Yang Ikan Bilis tu taktau mana silapnya...tak garing...
Me ingatkan Kacang Tanah tu yang overcooked, sekali eh elok pulak dia...yang Ikan Bilis tu pulak ingatkan just nice (sebab color pun dah elok), sekali makan lemauuu....
Nampak macam tak masak pulak Sambal dalam nih kan?
Padahal kat luar elok merah berminyak cantik eh hihi....(Me kalau tumis sambal memang garingkan banyak-banyak kali Uolls...tak puas jek masak bila tengok sambal tu tak garing n berminyak)....
Padahal kat luar elok merah berminyak cantik eh hihi....(Me kalau tumis sambal memang garingkan banyak-banyak kali Uolls...tak puas jek masak bila tengok sambal tu tak garing n berminyak)....
Me buat Sambal Sotong Cumi Uolls....
Sotong Cumi tu dah lama dah Me beli, tapi taktau nak masak bila..so bila dah masak Nasi Lemak nih, so kita gunalah Sotong Cumi tu...
Sambal memang Me buat lebih (sampai sotong cumi tu tak nampaklah hahaha)..sebabnya kalau tak habis boleh simpan..nanti-nanti boleh makan lagik Uolls (tak payahlah nak menumis lagi khen)....

Bukan senang Su nak masak gini ye...sebab kalau rajin pun mesti suspen takut itu ini tak jadik...
Yang semalam ni Alhamdulillah...OT kata sedap Yang...Nasi sedap, Sambal pun sedap, semua ngam..gituuu....(bertambah-tambah OT makan Uolls)....
Hahaha...kitanya tak rajin, tapi kalau ada yang puji memang lain kali bolehlah repeat masakkan lagi.....
Awan tengah hari semalam...😍😍😍
Petang Me goreng balik baby Cakoi nih.....
Sekian eh
No comments:
Post a Comment
Orang yang yummy....