Search This Blog

Wednesday, September 10, 2025

Tidur Hotel, Makan, Rehat (Melaka dan Port Dickson): Part 10-Breakfast

Assalamualaikum..hi semua...







Sambung balik citer...
Dah sampai pun kat tempat breakfast...
Ni sampai-sampai ni dah ramai...so terpinga-pinga sekejab sebab takde siapa nak guidekan nak duduk kat mana....
Tempatnya agak kecik Uolls...orang pulak ramai (macam tak cukup tempat), so pepandai sendirik la nak carik tempat nak duduk tu...ni pun OT la ajak Me makan je kat area tepi ni....so jomlah kita walapun cuaca tak berapa nak OK masa tu (hujan rintik-rintik).....
Area sini kerusi pulak semua basah...kitanya kena panggil staff mintak tolong barulah berlap...
Pastu minta kat staff set makan (tisu sudu n garfu), barulah staff letak...(kena bersuruh kan hmmm)...











Kitaorang duduk kat sini, selepas tu sikit-sikit semua pun duduk area sini jugak...tau-tau lepas tu penuh hehe...












Duduk tepi gini...
Betul cakap Kak Ezna..memang ada burung Merak merata-rata bebas...
Semalamnya tu masa mandi kolam tu pun burung Merak ada kat area kid pool tu...ni pagi ni ada tengah merayap area dining ni pulak....
Nampak tak kerusi meja semua macamana rupanya?
Me kan pagi tu ada sandar tapak tangan kat meja, sekali melekat cat (terkopek) kat tapak tangan Me tu😅...(cat kemain besar terkopek kemain besar ye huhu)......











Adik macam biasa jugak, tak makan n tak minum...
Masa nak masuk sini, staff yang jaga kauner tu nak charge jugak Adik walapun Me n OT dah bagitau Adik tak makan...., dah terangkan elok-elok terang-terang pun punyalah staff nak suruh bayar jugak..last Me cakap je..kalau anak saya makan nanti saya bayar...last memang Adik tak makan...minum apapun tak (see..kitanya tak tipu ye)..
Sangatlah berbeza dengan kat Hatten...masa nak makan tu Me n OT cakap Adik tak makan, terus staff bagi masuk...(sama jugak memang Adik tak makan n minum apapun)
Lagipun kalau Nakhil memang makan atau minum memang kitoang bayar sebab benda makan minum kan...bukan hal main-main kan....... 











Tadi Me makan Mee Goreng...pastu Me makan pulak Roti Canai...
Depan tu Me amik Bread Pudding....












Selection makanan OK OKlah..macam hotel lain jugak..
Satu jek...hotel kemain kan tapi apa yang dibagi tak padan ye...nasib baiklah kitaorang bayar murah (kiranya murahlah kot dari orang lain bayar tu kan), tapi bagi Me tak berbaloiii dengan harga (tempat makanan dah lama macam tak berjaga pun iya Uolls)........
Orang lain yang bayar mahal-mahal tu taktaula OK ke tak (ke Ok je?Me je yang banyak cekadak haha)....










Last Me buat Salad gini...cukuplah...
Lagipun dah taktau nak try apa lagi..macam takde apa-apa lagi Me nak try Uolls😅..











Balik dah...
Kitanya sambil jalan sambil layan view...
Ni kan ada 2-3 platforms daorang sediakan..so boleh je sesiapa nak duduk kat sini.....












Memang cuci mata...lawa....









Kitaorang dapat yang nama Tumasek...








OK dah nak sampai bilik....








Bersambung...







8 comments:

  1. Replies
    1. Tak berapa nak syok pun Dana...tapi view luar hotel memang cantikkk...

      Delete
  2. waaa bestnya berehat di hotel tepi pantai lak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat pergi pantai pun Dana....next hari Sabtu nih baru kitaorang ke pantai hehe

      Delete
  3. Hotel x sediakan buggy ke...jauh tu nk berjalan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde Kak SA..memang design kat situ kena jalan kaki je haha...

      Delete
  4. Burung merak tu entah2 hidup dari zaman akak datang tu. Memang selamba je dia berjalan merata. Hehe. Siap kembangkan ekor....kemain dia....

    Ahhhh cantiknya view makan Sue tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya kot Kak Ezna..elok ada lagi dua tiga ekor saya tengok hihi...iyaa...tempat tu memang diaorang yang punya kan...kemain selamba je tak takut orang langsung...

      Kat tempat makan view tak berapa cantik Kak Ezna..otw tu cantik...

      Delete

Orang yang yummy....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...