Search This Blog

Friday, April 24, 2026

Jem Oh Jem...

Assalamualaikum..hi semua...






Pagi tadi Me keluar lambat..dahlah lambat, pastu singgah Petronas pulak sebab nak menapau makanan....
Boleh tengok jalan keluar masuk kat rumah Me memang penuh kalau peak hour...
Eh bukan takat peak hour je..dari pagi lagi sebenarnya dah penuh...so paksareda je kan...
FYI, jalan nilah laluan ke jalan utama orang dari Paya Jaras, Elmina, Saujana Utama dan kawasan sewaktu dengannya lalu (selain yang memang kitaorang juga)....so agak tersumbat sikit kat sini...
Ni kalau jalan clear Alhamdulllah..tapi kadang-kadang boleh jadi jem lamaa kalau-kalau ada excident....
Kerap ye kat depan tu ada excident (simpang 3)...jenis memasing tak menyempat-nyempat nak melintas gitulah jadiknya....
Yang nak melintas tak menyempat-nyempat..yang kat main road pulak tak bertimbang rasa (sekali sekala taknak mengalah bagi laluan), pastu yang tengah beratur belakang pulak jenis menekan-nekan kereta depan nak suruh cepat-cepat melintas...Me?in sha Allah lantaklah orang belakang nak menekan-nekan, kitanya selagi tak betul-betul sure boleh melintas, memang Me tunggu je...lagi satu, kalau tengah di laluan utama, Me bagi jelah kalau mana-mana kereta nak melintas...tak rugi apapun Uolls kalau kita bagi laluan pun kan...janji janganlah break tiba-tiba..eh pandai-pandailah give n take..in sha Allah dipermudahkan urusan semua orang......











Dah lambat...masuk highway DASH banyak je kereta (iyalah dah pukul 7.05am camtu kan)...cumanya still OK sangat lagi...tapiii bila nak exit Kota Damansara (Me exit sini je Uolls, Me tak berapa suka ikut terowong Penchala tu) sekali beraturrr....
First time in my life nih...punyalah panjang beratur nak keluar nih....









Me ni kira terawal...tu kat belakang selepas tu taktaulah jadi panjang sampai mana......










Tengah menunggu kan, so bolehlah nak amik gambar cepat-cepat....
Ni dah turun pun beratur lagi..ada yang nak ke kiri, ada nak ke kanan....so stuck pulak sebab depan tu ada trafik lite....








Dah jalan ke depan sikit barulah nampak...oooo jalan tutup Uolls...
Rupa-rupanya elok selekoh nak ke kiri (arah ke tol), jalan tutup...rasanya tengah betullkan paip air la kot sebab nampak kenderaan mengorek tanah kat situ....










Jalan smooth je bila masuk higway NKVE clear...masuk DUKE pun clear...tapi dah nak masuk terowong kecik kat Jalan Semarak jem gini....
Nasib baiklah sekejab je...lepas tu elok je bergerak laju....

















Alhamdulillah sampai jugak...
Me clock in pukul 7.55am Uolls..terpaling lambat nih...
Ni kan balik karang Me kelam kabutlah nih Uolls..takut kena tinggal (kena kunci) hahaha...
Kitanya jarang balik lambat, so kalau terbalik lambat mesti jadi ghisau semacam....
Nasib baiklah harini Adik balik pukul 6.30pm..so takpelah balik lambat sikit gini...kalau Adik balik pukul 6pm memang tak sempatlah nak amik Adik on time....





Sekian....





No comments:

Post a Comment

Orang yang yummy....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...