Pagi tu hari Nakhil kena masuk wad sebagai persediaan untuk Nakhil operate mata hari Selasa (18 Ogos 2026)
Pagi tu walaupun masing-masing dah bangun n bersiap awal betul..tapi tetaplah jadi kelam kabut macam biasa😅...
Me ni biasalah..suka mengangkut semua benda kan..so nak settlekan pasal barang-barang apa nak bawak memang akan jadi makan masa....
Tu belum karang nak set mana satu yang OT kena bawak n yang mana kena bawak..
Tu tak campur lagi yang Me ni jenis "wajib" masuk toilet dulu sebelum keluar rumah (yang ini sampai sekarang tak berubah Uolls)
Faktor utama yang menjadikan lambat inilah pun...Me mesti kena memerut dulu sebelum keluar rumahhh...tak kiralah dah memerut sebelum tu pun, sebelum keluar rumah memang itulah pun "rutin" Me ye hehehe...(hampunnnn)....
Tapau Nasi Lemak tu sebabnya kalau apa-apa nanti dah ada dah benda nak makan....
Tapi tulah..sebelum menapau Nasi Lemak, kita termasuk kat 7E pulak...
Dari kata nak tengok apa yang ada, terus Me order Iced Latte (untuk Me) dan hot Latte untuk OT...
Sebelum tu dah amik makanan lain...makanan yang boleh makan kat dalam kereta Uolls...
Dah habis kat 7E baru ke stall Nasi Lemak fav Me yang selalu tu...so tapau Nasi Lemak pulak...barulah terus bergerak....
Selalu beli yang kat Family Mart, kalini try yang kat 7E...
Eh sama je hehehe...ke sama vendor nih?
Ni kitoarang boleh singgah dua-dua tempat tu sebabnya memang stall n 7E tu kat jalan OTW nak ke hospital...
Kalau tak memang takpelah, tunggulah nanti-nanti kita cari makan (tapi mesti menyesal macam last pergi haritulah..nak cari makan tapi tak boleh sebab semua kena tunggu lama)....
Dah amik pengajaran kan...makanlah sikit dulu, kurang-kurang kalau apa-apa takdelah lemau sangat sebab dah makan....
Lajuu je gerak ke kaunter Klinik Pakar Mata berdua (sementara OT pergi ke bangunan parking)......
Me tak terus ke bahagian pendaftaran wad sebabnya nak tanya dulu kat pakar pasal admission n operation Nakhil nanti nih....
Sekali macam yang disangka, Nakhil tak boleh buat pembedahan sebab ada demam dalam masa 2 minggu sebelum pembedahan..lagi satu, masa tu pun Nakhil tengah selsema+Batuk (time ni baki dari demam sebelum tulah pun)......
Masa jumpa doktor kat situ, doktor pun macam kesian/serba salah kat kitaorang sebab kitaorang datang Uolls..sebabnya sepatutnya ada staff yang akan call tanya condition Nakhil seminggu sebelum admission wad/pembedahan nanti...(so tak payah datang)...
Doktor cakap, staff ada telefon tapi bila call OT tak dapat-dapat (iya..OT dah tukar nombor baru, tapi dah bagi nombor baru tu kat bahagian pakar anesthetic haritu)...
Itu OT....tapi kenapa staff tak telefon Me kan?eh lupaaa..seminggu sebelum tu ada doktor call Me sebab nak betulkan no wad (untuk admission wad nanti)...tu dapat je tu...
Tapi tahhlah..masa doktor called tu doktor pun taju nak cepat, Me pulak tak ingat nak tanya huhu...
Lepas tu ada Me try call klinik balik, tak berangkat pulak, so takpelah...dah sampai hospital dah pun....
Masih lagi jadi robot bila kita nak amik gambar dia hihi...
Dah dapat date baru, doktor dah buatkan appointment baru untuk pembedahan n wad..so kita balik...
OT pun tak sempat nak keluar kereta Uolls..takde parking...
So kita ke lobi selalu tu jelah tunggu OT...
Nakhil OTW balik tu dia cakap kat Me...Mama, i think i want to eat something....
Something gitu hahaha...ingatkan nak makan Keropokkkk..sekali katanya i want to eat nasik....
Elok tak jauh tu nak sampai Citta Mall, so jomlah ke sana terus (senang jugaklah sebabnya tak payah nak patah balik..elok lepas makan terus balik rumah je).....
Dah nak tengah hari dah pun...so jomlah kita makan sekali...
Alhamdulillah, nak 2 pinggan nasi Nakhil makan....
Suka betul kalau anak ajak makan, lepas tu dia makan banyak...syukur ye...
Ni balik rumah, keluarkan balik barang-barang, pastu mandi, solat..lepas tu Me n Nakhil tidoo....
Lemau jugak sebab malam tadi tu tidur lambat jugak, lepas tu Me bangun awal macam nak pergi kerja, balik rumah dapat tidu sekejab wah nikmatttt.....
Nakhil akan buat pembedahan mata pada hujung bulan 9 pulak...semoga takde apa-apa lagi nanti...
Haritu masa doktor bagitau tak boleh demam, Me dah tersebut alamakkk, sekarang tengah musim nih...seminggu lepas tu elok haaa Nakhil demam...
Ingatkan takpe demam, nak operation nanti sihat, sekali tak boleh..kena 2 minggu sihat...syarat awal pun dah fail...
Semoga yang baik-baik sahaja untuk Nakhil, aamiin...
















No comments:
Post a Comment
Orang yang yummy....