Assalamualaikum..hi semua..
Pagi-pagi raya ke-5, gigih seorang Su membuat Sushi..
Jadi gigih sebab apa?sebab taktau dah nak masak dan nak makan apa..
Kiranya survivor mode on, Me yang tak rajin masak ni tiba-tiba sebab "terpaksa", terus "rajin" betul jadinya😅...
Hasil Me buat Sushi roll pagi tu...agak tak seragam dan tak senonoh kan..?
Haritu failed ye sebab ada yang terpecah..
Filling tetaplah Tuna Mayo dan Crabstik mayo dan Timun Jepun..
Lupaa, bahan-bahan buat Sushi ni Me dah beli dah masa beli groceries haritu lagi..
Nak buat masa bulan puasa lagilah tak rajin..lagipun bulan puasa tak larat pulak nak buat sesaja..nak makan pun tak berapa nak lalu kan..so tu yang tunggu jugakla dah raya then sampai mood nak makan tu sampai😅...
Ni yang rumah punya..memang tak senonoh betul rupanya kannn..tapi rasa Alhamdulillah😁😁😁🤭...
Haritu (2 hari sebelum rasaanya), Me ada beli kicap manis kat Empire Sushi...
Raya ke-6 Me buat Nasi Lemak..
Ni Me masak lambat ye, pukul 9 lebih baru Me start masak..
Me buat yang wajib² je dah..tupun timun takde, kacang goreng malas nak goreng...
Nasi Lemak Me masak kalini menjadik sebijik macam Mak Me masak lagi..
Nasi wangi, lemak sungguh..TQ to IbuCella❤️ sebab bagi tips yang Nasi Lemak akan lebih rasa berlemak bila masak guna santan serbuk brand Kara..
Ni 2 kali Me try, memang menjadi..
Bila guna beras Basmathi selalunya nasik dia akan tak berapa nak jadi berasa, tapi bila guna Santan serbuk brand KARA memang elok sedap wangi..
Sejak dah kerja ni Me tak start start lagi masak Uolls..punyalah taktau nak masak nak makan apa..so hari-hari bila petang balik kerja OT tapaukan makan untuk dinner kitaorang..
Ni antaranya..Mee Bandung..sedappp..
Setiap kali beli memang puas hati sebab sayur banyakkkk...
Ni sebab keje takut lapar kedai makan tak bukak lagi..so malam Isnin Me buat ala-ala foldover...
Semua nipun memang dah beli awal-awal lagi Uolls..
Kalau dah beli awal selalunya barang mesti cukup..kalau last minit memang selalunya apa yang ada jelah kan....
Patty Ayam ni yang Me beli sekilogram tapi tak habis-habis tu..
Dah gitu Me buat je jadikan inti wrap..
Tu Me letak mayo n garlic sauce tu sikit..ada bawang kuning cincang jugak..
Hasilnya..
Buat malam, pastu simpan dalam peti ais..esok pagu bawak gi opis..so settle untuk lunch Me kat ofis esoknya..
Rasa?sedappp hehehe..
Lupaa..selalunya sebelum buat (masak) apa-apa Me carik je resepi di TikTok..
Tengok mana-mana resepi dan cara yang terpaling Me boleh ikut (senang), then Me buat..Alhamdulillah, menjadi...
TQ kepada penyumbang resepi dan cara-cara kat TikTok ye😍❤️..
Sekian..