Search This Blog

Thursday, July 14, 2011

PD 2011/2: Bayu Beach Resort....

Uii...macam azab nak menulis entri...huhuhuhu...
Tapi disebabkan taknak menangguh entri lagi, jadi gigihkan diri buat jugak...
Sambung cerita pasal pergi PD...
Lupa pulak, sebenarnya kitaorang bertiga pergi PD ni disebabkan nak pergi ke kenduri kahwin Ema kat Senawang pada 10hb Julai, pada hari Ahadnya...
Kata Senawang, tapi apasal termelencong ke PD pulak???
O..ok..disebabkan jugak kitaorang tahun ni belum lagi holiday kat mana-mana sama-sama so dah alang-alang dah nak ke Negeri Sembilan, terus jelah plan nak lepak-lepak kat PD.....kira 2 in 1 lah kan...
Cuma kali ni berholiday bertiga sahaja...Zai takde, dia tak dapat ikut sebab kerja...so, pergi jelah bertiga....

Kan sampai-sampai je PD kitaorang terus kena pergi cari hotel kan??(kalau rajin pergilah baca entri yang lepas)..
Sebabnya....
Sebulan nak pergi PD ni kitaorang dah try cari hotel dah...
Boleh pulak kebanyakkannya dah fully-booked....ada kot dah lebih 5 hotel kitaorang call tanya, haram satu pun tak ada bilik kosong...adoiiiii...surender giler dah time tu....
Mulanya risau jugak, kalau tak booking awal-awal camne nanti nak pergi PD dan nak pergi kenduri Ema kan....??
Last, Sept suggest supaya kitaorang belasah jelah pergi sana, bila dah sampai sana baru cari...huhuhuhu..serem ok, tak pernah-pernah kitaorang buat camtu....
Tu yang bila sampai PD tu, first thing yang dibuat adalah mencari hotel...
Pastu nak mencari hotel pulak punyalah seksa...taknaklah mahal sangat, murah sangat pun taknak, kang nak yang ada swimming pool, kang nak yang ada pantai....
Tapi takpe...try je cari...Alhamdullilah...nasib baik dapat jugak....

Tu pun panjang kisahnya nak mendapatkan tempat nak bermalam tu..huhuhuhu...
So, sambung jelah citer yea....
Kitaorang kan sampai sana dah pukul 1...So, misi mencari bilik haruslah diteruskan....
Kang tak cari kang mana kitaorang nak tidur???mau kang tumpang kat Jimah kang...huhuhuhuhu
First kitaorang pergi tanya adalah kat Selesa Beach Resort...tapi, sampai-sampai je kat reception area terus kena reject ko...terus je receptionist tu kata semua bilik dah full...huwaaaa....
Frust tau, ingatkan sekali tembak terus kena...ehhh..ayat apakah ini????...tapi memang tak ada kan...so, terus proceed cari hotel lain pulak....

Pastu kitaorang susur je sepanjang jalan tu...
Dan dah terberhenti kat Bayu Beach ni....
Tau jelah pilot kan Sept, jenis pulak kalau bawak berdesup je, kata nak cari hotel, tapi tak reti-reti nak slow, punyalah banyak hotel kitaorang terlepas...patutnya berhenti tanya satu-satu kan..??....uppp..terkutuk pulak..sowiii Sept...wink~wink~kang tak pasal-pasal mogok pulak dia...huhuhuhu
Mula-mula tu kitaorang tak tau pun yang kitaorang berhenti ni Bayu Beach Resort, sebab dia punya signboard sangatlah tak perasan...(serius memang perasan langsung , walaupun selama ni pergi PD lalu lalang kat depan hotel ni....)..sampai dalam baru nampak...
Kat sini nak masuk strict sikit..jadi terpaksalah pilot=Sept tunggu kat luar...giler kedekut parking...cisss
Bila tanya kat kaunter tu..katanya bilik untuk 3 orang dah penuh..tapi kalau nak jenis apartment 2 bilik untuk 4 orang adalah lagi...(tu pun tinggal satu je...)...
Bila tanya dia kata harga RM440 tapi tah apa diskaun tah dapat RM350...dapat jugak breakfast untuk 4 orang...(last rupanya RM350 tu harga untuk government servent gitu...ooooo...)
Pastu kata kat adik tu yang kitaorang nak diskas dulu..iyalah...kang kitaorang berdua je setuju, yang pilot tak setuju payah jugak....
Baru nak tanya pilot, dia kata datang kat dia dulu sebab adik mana tah ada offer apartment murah ni...
Terus kitaorang ke Sept a.k.a pilot for the day...
Adik apartment tu pun usha baik punya...terus kitaorang setuju...tapi setuju tengok jelah dulu...
Kang main ambik je menyesal tak sudah pulak kan....

Dia offer apartment satu bilik (dalam Bayu Beach jugak tapi private punya) harga RM180 permalam...tapi breakfast tak ada...
Kata budak tu ada orang akan amik kalau nak tengok apartment tu...kira bawak naik kereta la, sebab apartment tu kat dalam, kang nak jalan jenuh<----ni me katalah...hehehheheh.....
Dipendekkan cerita...Me dengan Mijon je pergi tengok, Sept masih lagi kena menunggu dalam kereta...bila pergi tengok tu mula-mula macam puas hati..tapi hujung-hujung tu pulak bila tanya pasal parking...budak tu kata parking kena kat luar...
Rupanya walaupun parking banyak tapi sebab last minit amik apartment ni pihak hotel tak bagi masuk, kecuali kalau booking apartment ni awal memang automatically dapat parking kat dalam (area hotel dan apartment)....
Lupa pulak...sebenarnya apartment ni pun dalam pagar yang sama dengan Bayu Beach Resort ni...
Cuma Bayu Beach Resort ada satu bangunan Hotel campur apartment, pastu yang belah-belah kiri tu  semuanya ada aparment 1, 2, 3 bilik tapi owner lain-lain (private appartment)...
Lagi adik tu kata kalau duduk situ nanti ada buggy datang amik...nak tau buggy dia apa??kereta kancil....bukan nak mengejek ok..Makcik Viv me pun kecik jugak...
Tapi...
Memang part kereta tu yang jadi serba salah..dahlah dalam kereta tu ada hadiah Ema..hadiah tu je dah habis penuh seat sebelah kat belah belakang tu hahahhaha,motif nak bagitau yang hadiah untuk Ema besar la tu kan...pastu takkan nak bawak turun naik turun naik dari kereta ke aparment tu berpuluh kali kot..iyalah, kereta dah kena parking kat luar kan, takkan nak tinggal hadiah tu suka suki je......(Lupa lagi..apartment adalah dihujung blok, walaupun ada lift, tapi nak ke pintu apartment tu je jalan separuh bangunan okeh...)
Memang agak tak munasabah tau....
Lalu ke orang tu???dengan hadiah lagi, kang beg lagi, yang penting mokcik-mokcik 3 orang ni lagi, mana nak sumbat...?Pastu tau jelah, bangsa kami ni nak berjalan kuar masuk je kerjanya...kang mau nak layan kitorang dari apartment ke kereta yang diparking kat luar berpuluh kali ulang alik bawak kitaorang saja..huhuhu...
Last decide kitaorang cancel yang aparment adik ni, dan terus amik jelah apartment 2 bilik kat hotel tadi sahaja...
Bak kata Mijon, kalau pusing-pusing cari lagi kang buat habis minyak, buang masa lagi, baik amik je yang hotel punya, parking sah-sah kat dalam, pastu kang breakfast siap bagi...
So, tak payah fikir panjang, terus je berdesup pergi ke reception hotel tadi..

Dah setel urusan registration dan payment terus cari apartment kitaorang.....
Ingatkan kitaorang dapat apartment belah kiri hotel macam apartment tadi tu..rupanya tak...
Kitaorang kena naik lift yang sama dengan hotel rupanya...
Hotel apartment No. 410....


Muka masing-masing happy gitu..
Ni gambar masa nak keluar petang pulak ye...

 Layan gambar meraban yang me tangkap..jakun excited punya pasal...kuikuikui
First time dapat peti ais yang sejuk giler..selama ni dapat mesti yang adoo je...


Toilet pertama yang ada tempat untuk shower sekali....
 Dalam apartment ni ada 1 tempat shower dan 2 toilet dengan tempat shower sekali dan satu tu ada bath tup..senang kalau anak ramai, tak berebut...tetiba anak ramai, motif???


Ni bilik air dalam bilik utama pulak...


Ada bath tub lagi u...okeyla...tapi me tak guna pun...
Macam 'scary' je me rasa..huhuhuhuhu...
Lagi satu takde getah untuk toilet bolehh???


Kiri bilik utama, yang 2 pintu terbuka kat tengah-tengah tu bilik air dengan shower mula-mula tadi...
Tapi shower lagi satu tu pun tak guna jugak...
Sebabnya yang toilet lagi satu tu pun dah ada tempat untuk shower....


Ada ruang tamu...


Ada kerusi meja tempat untuk lepak-lepak kat balkoni...
Tapi tak sempat lepak sini pun...tak sempat...


Tu langsir pink tu tingkap bilik...selak langsir nampak balkoni...okeyla kan...



View dari balkoni ke dalam...



Views dari balkoni...
Kitaorang dapat aparment tepi, so tak dapatlah mengadap laut betul-betul...kalau tak mesti view lagi cantik kan...


Gambar dari luar...


Gambar dari dalam...



View dari tingkap....


Kerusi rupa je antik, tapi kusyennya tegap lagi okeh...don't worry...


Mijon

Lorong ke bilik....


TV pesen lama, tapi semua channel ada...motif nak bagitau???hahahahah


Kat tengah ada meja solek...so, fair..semua orang boleh bersolek bersama-sama..hihihihihi


Lain-lain:










Gambar bilik??
Ada, tapi malu nak tempek kat sini, tak sesuai gitu..hihihihihi....
Bilik satu ada katil single dicantum jadi queen, pastu lagi bilik dua katil single (tapi tak boleh dicantum)...
Perasaan masa ni..lega giler...barulah feel bercuti-cuti tu datang kan...?
Tapi kesian Sept, mood dia hilang sebabnya dia tak bawak baju mandi..huhuhuhu....dahlah swimming pool kat sini 'wajib' pakai baju mandi, so member adalah sangat frust..ayat tak boleh blah tu..."kenapa korang tak ingatkan pasal baju mandi...nak merajukkkkk!...tak kira...korang kena bayar lebih.....!!"....la..camtu pulak????hahahaha!
Kata dia lagi..walaupun nak pergi PD tapi asyik ingat nak pergi kenduri Ema je...so napa tak ingatkan dia bawak baju mandi??ewah...ewahhh..sesuko hati je kan...?
Yang kitaorang berdua pulak, kalau dah katapun PD..haruslah baju mandi bawakkan...rugi oo...nanti nak mandi kolam, nak mandi laut lagi...kan..kan...kan...?

Bersambung....

Monday, July 11, 2011

PD 2011/2: Sarapan Dulu....

Ok, hari ini nak cerita pasal pergi PD hari Sabtu dan Ahad lepas...
Macam biasa, me cerita dari mulalah ye...
Me bertolak ke Kota Damansara dengan Sept elok je lepas me hantar emak me dan pergi tapaukan breakfast untuk Anim....
Sept sampai je kat bawah, terus je berdesup siap-siap nak bertolak....eh takdele berdesup sangat sebenarnya, tapi saja nak bikin gempak......hihihihihi
Dan...
Dalam pada kesesakkan dijalan raya akibat daripada orang degil nak mendemo tu nasib baiklah sampai jugak kitaorang ke rumah Mijon lebih kurang dalam pukul 9 pagi...lega..syukur Alhamdullilah....
Tapi nak je me pelangkung kepala sekor-sekor yang degil-degil belaka nak mendemo tu..giler menyusahkan masyarakat okeh....

Sampai-sampai Kota Damansara elok je Mijon nak habis masak dah......
Mijon masak apa???Tadaaaa....
Mijon masak khas tau untuk breakfast..siap me dengan Sept simpan perut lagi tau......jangan jeles....
Amacam, meriah tak????hihihihihik...bahagia giler rasanya okeh...


 Jom kita zoom apa yang dimasak oleh Master Chef Mijon yek....
Sambal Tumis....
Sedap...pedas....cukup rasa...Ewah, macam pengkritik makanan pulak dah nih...hehehhehe


Ada timun dan Telur rebus...
Timun of course Mijon tak payah masaklah kan...cume telur la kena rebus....
Telur rebus yang dah nak hancur tu hasil tangan me yea...giler tak pass nak kopek kulit...habis melekat semua.......sebaik ada lagi rupa telur rebus tu...huhuhuhu


Ada jugak kacang dan ikan bilis goreng....


Rendang daging...


Air Oren...
Feeling-feeling omputeh....sebaik semuanya jenis perut tebal, jadi no hal nak minum air masam-masam pepagi pun....i like!


Ayam goreng mamak....
Giler sedap ni weihhhh..tak cukup sekor kalau ikut hati lah...kuikuikui..



Ni dah complete satu set....
Nasi Lemak buah bidara dengan lauk berjenis-jenis yang memang sedapppp....
Kalau meniaga ni InsyaALLAH untung ni...seriuss........

Dah complete semuanya...apa lagi..teruslah kami bersarapan....
Ini pinggan saya...
Pinggan saya pada mulanya macam makan malu-malu je...
Tapi sebenarnya saya makan nasi 2 pinggan, ayam 3 ketul dan daging 2 sudu penuh....huhuhuhuhu...pemalulah sangat kan...

Dah puas makan, dah kenyang..Alhamdullilah..syukur.....kitaorang tak terus bertolak tau...
Rehat-rehatkan perut dulu...
Kenalah jugak tunggu Master Chef Mijon mandi-mandi siap-siap dulu.......
Lagipun kesian Master Chef dari pagi masak tak berhenti-henti dan tak rehat-rehat lagi....
Dan pukul 11 lebih barulah kitaorang reti nak bergerak....

 Tapi sebelum bergerak...ada bekalan ye kengkawan....
Ha kau...siap bawak Pulut Kuning dengan Rendang Daging lagi tau...
Tu pun sebaik tak letak Telur Rebus dengan Sambal tumis tu...sebaik masing-masing masih lagi boleh bertenang......kalau tak mau tapau semua tadi tu....hahahhahar

Iklan kejab:  Ha...cuba cerita, kawan mana yang boleh masakkan kemain lagi macam ni?ce citer..ce citer???
Dahlah rajin masakkan untuk kengkawan, pastu kalau masak tak reti nak masak sikit-sikit...dahlah tu kalau masak confirm je sedap...serius...mana nak cari???hihihihiihhi
Iklan lagi: Apa-apapun me dengan Sept ucapkan banyak-banyak terima kasih daun keladi kat Mijon..dengan ucapan lain kali jangan lupa masak lagi ye...hihihihihihihi

Sambung balik cerita...bila dah bersarapan...dan bawak bekalan...
Apa lagi..jalan pun dengan kenyang senang hati....^_^
Perjalanan juga adalah smooth sebabnya kitaorang dah keluar dari KL yang sesak tu...
Dan walaupun bertukar-tukar pilot (driver ada 2 orang je pun..)..sebabnya macam biasalah, pilot lagi sorang tu kejab kang pening, kejab kang ngantuk, jadi haruslah dipertengahan perjalanan kena tukar pilot lagi sorang.....tu baru nak berjalan dekat tu..kalau jauh, lagi macam-macam cerita okeh...
Dan alhamdullilah, kitaorang sampai PD dalam keadaan selamat pada pukul 1 tengah hari kalau tak salahlah....
Dah sampai PD tak boleh nak relax-relax lagi tau..sebabnya kitaorang kena teruskan misi nak mencari hotel pulak...huhuhuhuhu

Bersambung...

Sue Berkata Tapi Dalam Hati:  Harap diampunkan tarikh yang ada kat gambar-gambar tu semua...tarikh kat digicam dah lari gitu...dah terlambat satu hari jadinya..nak tukar setting time kat digicam tu balik pun macam pening-pening je kepala...jadi, belasah jelah..huhuhuhu

Sunday, July 10, 2011

Ngantuk+Penat...

Me ni sebenarnya betul-betul sebelum waktu Maghrib tadi baru je menjejakkan kaki ke Ampang...
Semalam pagi-pagi lepas je serabut dan tension gara-gara ada orang rajin nak mendemo me pergi hantar emak me tu, terus je me dan kengkawan bertolak ke PD...
Yea...PD lagi....padahal baru je pergi PD awal bulan lepas kan.....
Buat apa kat PD??haa...kenalah tunggu lain entri yang confirm akan jadi cerita bersiri-siri..kuikuikuikui.....

Esok me dah amik cuti...nak rehat-rehat je manjang aikhhh.....dan insyaALLAH juga niat dihati nak pergi melawat 'Rumah Abah', pastu nak pergi pasar, bla..bla..bla..dan  etc...

Ehm Oklah..Apa-apa me mintak diri dulu yea, giler sangap dah ni.....see u later....^_^


Friday, July 08, 2011

Serabut...

Ni tengah berdoa-doa dan dok terfikir-fikir, camnelah esok nih yea......
Cuma harap-harap esok pagi nak hantar emak pergi kerja takdelah masalah apa-apa...
Mudah-mudahan....amin...

Nilah susahnya kalau hidup kat pinggir bandar, bila ada orang lain gatai nak berdemo nak tunjuk perasaan ke hapa, orang lain yang kena tempiasnya....serabut okeh, serabut...
Lepas ni tolonglah yek, nak berdemo ke atau nak tunjuk perasaan ke hapa tu silalah korang berdemo depan rumah orang yang menganjurkannya tu yea....biar dia tau best ke tak best kan....



Wednesday, July 06, 2011

Dugaan...

Dugaan puasa ganti hari ni (gara-gara tak reti-reti nak habiskan siap-siap mengqada puasa...)...
Dengan nak termuntahnya...
Dengan sakit perutnya...
Dengan pening-pening lalatnya...
Paling tak boleh tahan ialah ngantuk ya amat sangat-sangat...tu pun nasib baik lunch hour dapat tidur...huhuhuhu..kalau tak mau mamai sepanjang hari....

Ni me tengah menanti dengan penuh kesabaran ni macam budak kecik je kan?kuikuikui....
Esok ada lagi sehari...tu pun kalau yang hari ni lepas la kan...
Mudah-mudahan hari esok tak banyak dugaan songeh...aminn....

Tuesday, July 05, 2011

Gebang Botol Air Baru....

Orang lain gebang beli iPod, iPhone, segala gadget me pulak gebang pasal botol air sudey....
Hehehehe..dah, itu je yang mampu kan...kuikuikui......
(Moga Allah tambahkan rezeki me&family...Aminnn....sempat lagi tu....)

Botol air yang dibeli adalah 2 botol...satu untuk Anim dan satu lagi untuk sayalah kan....
Beli yang 550ml...
Suka beli BROS ni sebab tahan lama...beli sekali mau lebih 3 tahun boleh pakai...sebabnya pernah beli dulu-dulu dan terbukti masih lagi elok sampai sekarang.....serius tak tipu.....



Patutnya yang color hitam me punya, yang color merah Anim yang punya...(main agak-agak sebab Anim tak ikut gi beli pun...)...
Tapi haram...me kena amik yang merah, Anim nak yang hitam...cisssss....!


Botol baru dirasmikan dengan Air Susu Yogart Mangga...siap letak ais lagik...hhihihihihik...
Tapi cis-cis pun i like okeh...
i kan pembawa botol air tegar, so haruslah ada botol air yang proper...lagi-lagi kalau jenis senang nak mengangkut pergi mana-mana...yang jenis boleh masuk beg, boleh letak dalam kereta...memang i like habislah....^_^


Monday, July 04, 2011

Kisah Tengok Wayang....

Jumaat malam kan me ada ngedate tengok movie dengan Mijon dan Sept...
Sept suggest ye u all..silalah heran sebabnya sekarang ni plan on the spot semuanya dari dia yea...kami kawan-kawan hanya menurut perintah...hihihihihihi

Memang niat kalau movie transformers baru keluar kitaorang mesti wajib tengok...
Tu yang laju je cakap 'i do' bila Sept ngajak tu..kuikuikui
 Tiket telah pun dibeli siap-siap oleh adik Mijon pada petang khamisnya....(Kebetulan diaorang sefamili tengok citer tu malam khamis tu, so suruh belikan tiket untuk kitaorang sekali......)


Niat memang nak tengok yang 3D punya...sebab Transformers yang terdahulu kan takde lagi 3D-3D ni kan..so bila yang baru dah ada haruslah nak tengok yang 3D jugak..i jakun u...sekarang ni kalau boleh semuanya nak layan 3D...hehehehheh...
Konon suruh adik Mijon beli tiket yang pukul 9 ke atas, sekali ko dapat yang last punya..midnite ko, start 11.45 pm...amikkkkk....!memang 9 keatas habislah..
Katanya memang dah sold-out tinggal yang 11.45 pm je...so, belasah lah..kalau tak bila lagi nak mengedate kan....?
Lupa, kitaorang tengok kat Cathay, e@Curve...
Kat sana kan panggung dia memang terbaik kan, so, tu yang sanggup tu sampai ke sana perginya semata-mata nak tengok movie tu..hihihihihi

Nak sampaikan kat e@Curve tu ada kisahnya tau......sabar jelah...
Kebetulan tah tak tau kenapa dari petang Jumaat tu jalanraya kat Ampang ni sangatlah bz dan jem giler...
Gilerlah, memang me dah agak, mau sampai ke malam jem ni kan..
So, disebabkan dah tau dah macamana, me siap suruh Sept keluar rumah lambat sikit, sebabnya kalau keluar awal pun tak guna, nanti buat tersangkut kat jalanraya je....
Kalau keluar lewat sikit, insyaALLAH jalan makin jadi smooth..sebabnya kereta dah makin kurang...
So, Sept roger-roger me katanya dia keluar dekat pukul 9....

Tapii.....
Tu pun jem okeh...Sept sampai rumah me dalam pukul 9.45 pm...patutnya 20 minit boleh sampai tau...sebaik jem jenis bergerak, kalau tak naya....
Dan, dalam pada jem tu, nasib baiklah sampai kat rumah Mijon dalam pukul 10 suku...sebabnya nak kerumah Mijon kitaorang ikut DUKE dengan Tol Jalan Duta tu.......Tol Jalan Duta dah tau dah mesti ada jem sikit...tapi kalau  DUKE malam-malam kejadahnya nak jem kan...?..
Sampai-sampai rumah Mijon katanya naik je, tak payah makan kat luar dia nak masak dulu...oh..ok....
So, dia masak kitaorang berdua berduet buat sleeping beauty dulu...ngantuk weih....hihihihihi
Bangun-bangun nak pukul 11, sekejab jadilah kan, katapun buat sleeping beauty je....
Terus Mijon suruh makan...mulanya me jual mahal ye kengkawan, tapi bila tengok sedap nau menunya terus makan tak sedar diri...sampai dua pinggan gitu...
Makan dalam keadaan gopoh ye tuan puan, mana taknya time tu dah nak dekat pukul 11.25 pm...
Mijon kata jalan nak ke e@curve tu jem....

Ingatkan tipu rupanya...huwaaaaaa...memang jem gilerrrrr!
Kelam kibut Sept bawak kereta, siap shortcut bagai...akhirnya sampai...masa tu dah pukul 11.40 pm..giler cukup-cukup time....
Pastu boleh pulak, bila dah sampai kat parking diaorang dah blok pulak entrance parking tu dengan kon...biar benar???
Sudah..kelam kabut lagi..nasib baik parking lagi satu tu tak tutup..so teruslah berdesup masuk......
Pastu boleh pulak token taknak keluar....ya ampunnnnn....
Elok je kereta depan lepas, bila sampai time kitaorang dia tak mau keluar....aduusssss....
Dah suntuk giler dah time ni..kalau ikut jam memang dah 11.45 pm..rugi oo kitaorang....movie dah start oiiii....


Penantian satu penyeksaan....
Sebaik kat speaker tu kata tunggu lagi 5 minit..
Tapi tipuu....dah 5minit memang ada sorang guard bangla ke apa datang, tapi boleh pulak dia tanya kenapa...lahai...tadi tu ko yang kata tunggu lagi 5 minit..cisss....
Sebaiklah guard tu cepat bertindak, lepas je dia walkie-takiekan kata sapa tah, terus budak yang isi token tu datang tukar cartridge token tu (tu yang me nampaklah..agaknya dia panggil cartridge kot...hehehhehe)..lega kejam....
Lega tak lega, berdesup cari askelator untuk naik kat atas....
Lepas tu bila sampai je kat entrance Cathay tu tah apa pasal macam ramai semacam je....i dont like okeh..orang kat Damansara ni tak tidur ke apa..???dah 12 am dah oiiii....
Eh..eh..eh...patutlah ramai, rupanya ada Faizal Tahir u....waahhhh...i like...!!!!
Tetiba sejuk hati kejabb...kuikuikui...tetiba je kan??padahal takde kena mengena pun...giler lambat dah ni....hahahahahar
Dan akhirnya dalam pada teruja sebab ada Faizal Tahir tu, selamat jugak kitaorang masuk dalam tu...
Dan mungkin rezeki kitaorang jugak, movie tak start pun lagi...syukur..syukur...(wah, syukur tang tengok movie ye Sue...???insaple oiii....)
Memang lega giler....
Bayangkan, sampai time nak mengambil Cermin Mata 3D tu pun me rasa macam nak rampas cepat-cepat je dari budak-budak yang jaga tu je rasanya okeh..giler tak sabar takut movie dah terlepas banyak.....giler terdesak taknak terlepas movie...huhuhuhu
Dan nasib baiklah jugak walaupun seat kitaorang dikategori sebagai seats yang agak depan, tapi still ok lagi...takdele terdongak-dongak terteleng-teleng kan...hihihhihi....

Fasal movie Trasformers yang baru ni pulak giler tak tau nama penuh...sabar jelah Sue..., giler puas hati tengok...
Visual efek 3Dnyer memang terbaik...giler seriau je manjang...
Mau tak, kang blade sana sini, kang terpercik itu ini...giler takuttt tau....sesak napas i kejab u....lagi-lagi tengok besi berlawan dengan besi kan...giler seriauuuu....
Dan, walaupun orang lain kata Transformers kali ni kureng...me tetap rasa best giler...rasa macam nak tengok lagi dan lagi.......over gitu....
Mungkin orang lain rasa bosan dan 'sesak' kot bila tengok movie yang baru ni...
Mau tak, banyak sangat element yang  diletak...kira habis semua nak dimasukkanlah...banyak sangat kot idea yang mari kat Michael Bay tu..tu yang tak menyempat-nyempat nak menyumbat semua....hihhihihihihi
Anyway... 4.8/5 bintang i bagi u....

Dan....
Kalaulah kengkawan nak tau...tiap kali tengok movie, tiap kalilah i perahsyan yang i ni ada chemistry dengan hero-heronya tau......ewah..ewah...hihihhihii
Dan jangan tak tau, tetiba jugak buat 2-3 minggu ni Shia LaBeouf  akan  jadi pojaan hati saya tau......
Kecik pun keciklah kan, janji dia Sam Witwicky..i like....!kahkahkah...

Pemalasnyerr...

Giler pemalas, padahal banyak benda boleh taruk dalam blog nih...
Kalau ikutkan macam-macam aktiviti dan perkata berlaku, tapi mood nak membuat entri tetap wendakk....huhuhuhuhu...
Tunggulah...nanti-nanti..mudah-mudahan mood berblog menjadi seperti sedia kala....^_^


Saturday, July 02, 2011

PANTANG #3

Secara rawak:


  • Kalau bawak kereta belah kiri tapi ada mahkluk driver kat belakang nak 'cucuk-cucuk' Makcik Viv me yang cute nih..pantang tauuu....Lagi-lagi kalau jalan tu ada 2 atau 3 lorong...Dah nak laju sangat silalah ke belah kanan, takkan takut nak potong belah kanan kot, kata nak laju??...Dan kalau iyapun takut nak potong belah kanan tapi still nak tunjuk lagak mungkin kete ko power sangat kot silalah cari kereta lain untuk diberlagakkan okeh..tak sesuai tau..Makcik Viv me ni sah-sahlah tak sepower kereta orang lain pun....Tapi jangan terkejut pulak, kadang-kadang kalau emosi mak tengah terganggu, mak main-main brek sikit, biar terkejut sikit mahkluk driver tu....Ada banyak kali jugaklah terkesima kejab makhluk driver tu tau, tetiba sopan je tak 'cucuk-cucuk' lagi dah...faham pulak kan...

  • Pantang dengan makhluk yang pakai benda apa-apa lagi kalau benda tu branded kata dialah kan me tak kisah pun tapi nak gebang kat orang padahal orang tak tanya pun....Nak bercerita no hal, me boleh je anggukkan, tapi kalau dah tahap gebang kau tak beragak-agak kononnya ko pakai semua barang bagus-bagus belaka, orang lain pakai semuanya takde kelas apa kesss????Ko tak bolehlah expect ko pakai branded tu maknanya level ko dah tinggi, takde maknanya bukan tak tau beli pun ala-ala gaji dah takat lobang hidung ala-ala biar papa asal bergaya kan...Make it simple, ko beli, ko pakai mak tengok cantik, mak hepi je, takde hal punya, bukan ko beli pakai duit mak pun...Kalau dah rasa bila pakai benda branded tu hebat, ko pun diam-diam sudahlah, tak payahlah nak susah payah bercerita over-over, orang lain ni ada mata, boleh nampaklah ko pakai apa....Dan yang paling penting, kalau pun excited dapat pakai barang/beli branded tu tak payah rajin-rajin sangat nak bandingkan dengan mak yang cokia ni ye, tak sesuai tau...alaa, cara ko bercerita pun dah tau apa intention ko tu... dan kalau nak 'berlawan' sangat apa yang ko ada silalah cari 'lawan' yang sesuai...Mak tak pakai barang branded-branded ni nyah, mak pakai apa yang mak suka nak pakai je...kalau murah pun tapi sesuai mak sebat je beli...mak tau kemampuan mak la, jadi tak payah rajin-rajin nak 'berlawan-lawan' dengan mak ye, tak dapat faedah pun...Kesimpulannya, dah ko rasa lifestyle ko memang camtu dipersilakan, beli jangan tak beli, pakai jangan tak pakai, memang mak takde/tak akan jeles punya....guna duit sendiri kan...?

  • Kalau dapat call atau sms dari kawan-kawan lama yang bukannya nak tanya kabar, tapi nak jual product...OMbiskutttt, sangatlah biadap....dahlah lama giler tak bertanya kabar, apalah salahnya mukadimah tu elok sikit, ni tak, main redah je...Taulah nak bisnes, tapi tak boleh ke ayat permulaan tu bagi ayat yang sesedap rasa, tanya hai apa kabar je pun dah ok, pastu cakaplah sekarang ni nak bisnes ke apa ke..Jadi, takdele potong mood sangat kan, ni tak tiba-tiba dapat sms "sekarang saya menjual dot..dot..dot, sila hubungi saya..."...wahhh....ayatttt...Ish, jawapannya memang kirim salam jelah, memang mak tak layan uu....i m syorrri.....Kalau iyapun nak meniaga dengan kengkawan PR tu kenalah bagus sikit, kurang-kurang manalah tau terbukak hati kawan tu nak membeli......tak cuba tak tau kan....?
Okeylah, mak bagi 3 dululah, mak dah nak siap-siap ni, kejab-kejab lagi kang nak pergi tengok movie....chow...

Sue Berkata tapi Dalam Hati:  Harap maaf ye, arini tetiba Sue menjadi Mak......emosi tak berapa stabillah katakan...harap diampun.....hihihihiihhi

~Penyejuk hati~





Friday, July 01, 2011

PD 2011: Bye..Bye PD

Akhirnya...penghabisan cerita di PD...
Ni pun kalau ikutkan hati memang malas giler nak buat entri....tapi apakan daya..kalau tak buat kang sayang pulak gambar-gambar yang ada....huhuhuhuhu...

Sambung cerita yea...
Kitaorang lepas je habis buat hal masing-masing (sila rujuk entri PD 2011 sebelum ni kalau rajinle..tak rajin sudahhhh....), terus je balik bilik masing-masing...rehat-rehat pastu kemas apa yang patut..
Tau-tau tepat pukul 12 tengah hari dah ada kat reception area dah....
Hotel dah letak note, kalau check-out lambat nanti kena bayar extra charge...
So, taknaklah bayar extra-extra kan, tu yang budget habis masa cun-cun je tu....

Time ni tengah tunggu nak loading barang Atie dulu...
Atie pulak tengah call Acik Jahar kitaorang (makcik belah Arwah Abah) yang duduk kat Senawang....
Kitaorang niat nak singgah rumah dia sebelum balik KL...
Alang-alang dah ada kat area terdekat, jadi eloklah singgah kan...


Imraan yang dah ketiduran...


Emak...Imraan...Anim...


Kebosanan je tunggu...
Kereta Azrul park jauh sikit, sebabnya dia keluar malam sebelum tu dengan Abang dia...parking kat sini limit sangat, lagilah time cuti-cuti sekolah kan, full saja..nasib-nasiblah kalau dapat yang dekat...lagi satu full pulak sebabnya kena berebut dengan Corus Apartment kat sebelah...tak pasal-pasal kalau lambat je dapatlah parking yang nun jauh dihujung-hujung apartment nanti...
Makcik Viv me pulak me parkkan dekat je...jadi no hal nak loading barang terus ke kereta...

Dah setel semua terus kitaorang ke Senawang...
Dah masuk Senawang, jemlah pulak..boleh tahan lama jemnyer....
Nak lepaskan trafik lite pun berjaman...giler kalah Ampang...tapi sebaiklah sampai jugak kan?huhuhuhu
Kat rumah Acik Jahar pulak, kitaorang sempat dijamu makan tengah hari...sikit punya express Acik Jahar masak...padahal kitaorang inform nak pergi rumah dia tu pun masa pukul 12 tadi tu...
Kiranya tak sampai sejam setengah siap macam-macam lauk....giler kitaorang ni menyusahkan Acik Jahar kan....padahal boleh je inform awal-awal..kesian dia kelam kabut..
Lepak-lepak rumah Acik Jahar adalah dekat 3 jam..pukul 3 lebih beransurlah kitaorang....Kitaorang pulak taknaklah lama-lama sangat kan, kang sampai rumah malam leceh....lagi pulak ada budak debab tu kan...
Dalam pada tu sempat lagi kitaorang tapau buah kedondong dengan Cili Padi u...heheheheh..
Apapun terima kasih Acik Jahar, Acik Sofi dan family..lain kali kitorang datang lagi..InsyaALLAH...
Tu pun nasib baik Acik Jahar ajar kitaorang ikut highway baru (tapi dah lupa nama highway tu boleh????)...senang pun senang, dekat pun dekat...exit pun belakang rumah dia je...giler senang camtu kalau dari Senawang nak ke Kajang....duit tol pun lebih kurang je dari yang highway biasa tu...giler best la...
Dan akhirnya pukul 4.35 petang sampailah kitaorang kat rumah...Atie lagi awal sampai kot, sebab rumah dia dah dekat dengan tol Kajang....

Alhamdullilah...percutian keluarga tahun ni sangatlah best...walaupun masa tu suntuk, tapi kurang-kurang dapatlah cuci-cuci mata tengok tempat orang...dapat jalan-jalan sesama (walaupun dekat je pun)....
Lagi, dapat jugak melawat saudara...bukan senang ni tau.....
Akhir tahun macam nak berholiday lagi...pilihan tentulah yang dekat-dekat sahaja sudah...janji pergi dan penting together-gether gitu......
Tapi kalau tak dapat berholiday hujung tahun ni, insyaALLAH tahun depanlah pulak...mudah-mudahan kan......Amin....

Maka...
...Tamatlah entri bersiri PD 2011....
Okey..bolehlah tarik napas panjang-panjang ye kengkawan....kuikuikui...^_^

Sue berkata tapi Dalam Hati:  Esok malam mau tengok midnite Tranformers yang baru tu (in 3D lagi tau...)...Tiket Mijon dah pun beli tadi kat Cineplex (betui ka eja???)...tu pun dapat tiket yang start pukul 11.45 pm...giler lambat...tapi takpelah...dah dapat tiket tu pun dah kira bagus...dan...Nurul dah tengok pun semalam, katanya kureng sikit..tapi takpe..kita try tengok dulu...lagipun apa yang kita boleh espek pun kan,  lagi-lagi kalau movie yang bersequel2 gitu...Sah-sah kalau tak makin best, tak pun makin haremmm jalan ceritanya...apapun esok, layannnnnnn.....


Thursday, June 23, 2011

Try buat Apam Dotdot

Petang semalam dalam keMCan sempat lagi me jadi tukang guide Ana nak men"try" resepi..
Dah dekat sebulan Ana dok sebut..."jomlah buat apam dotdot...jomlah buat apam dotdot..."....tiap hari mau 2-3 kali ok...
Dari telinga ni tambah cedera..so, semalam suruh dia kuar beli barang dan suruh dia buat....
Pesen dia pulak nak menerai resepi bukan boleh sorang kan, lagi resepi baru camni...kang takut tak jadi...jadi kena jugaklah mengajak kakak dia jugak....
Tu yang tak pasal-pasal jadi petunjuk arah guidance dah me ni....bila tak berapa sihat ni, tolong jelah apa yang patut...tak tolong fizikal, tolong tang mulut pun jadilah...janji tolong kan.....tiba-tiba jadi i Executive Chef tau.......best jugak....hehehehhehe

Layan je gambar dulu, resepi tak ingat amik yang mana, lain kali baru tempek.....tapi yang pasti resepi tetap amik kat Myresepi ye kengkawan....
Ni cubaan pertama nak kukus...


Belum kukus pun dah comel kan???hehehheh


Harap maaf dengan keselebetan dotdot tersebut..tangan tak pernah dibedung, gitulah....asal adoooo sudah....



Kami Ana tak beli pun piping bag, just guna plastik sahaja...
Cara nak buat senang je...bila dah siap batter tu sumbat je batter tu dalam plastik, mampatkan sikit then hujung plastik tu dipotong...janji kuar....


Dah potong picitlah kan apa lagi...
Picit batter tu dulu, pastu picit pulak inti....


Inti adalah coklat...jadi picit sepuas hati ye kengkawan..katapun nak makan sendiri....
Try jugak buat inti Blueberry, tapi tak berapa sedaplah pulak, rasa ubat terlebih gitu, jadi batch lain semuanya inti coklat...
Dah letak inti tu picit batter lagi dan lepas tu didotdotkan pulak, guna batter yang ada jugak.......
Dan kukus..kukus tak lama pun dalam 10minit, kalau tak confirm boleh tunggu sampai 15minit..insyaALLAH masak......



Dan hasilnya...mak aiiii....debab...hihihihiihihi



Amacam???



Comel dan gebus kan???



Rasanya memang rasa apam yang sedap...tambah menyedapkan tu sebab inti coklatnya tu...sungguhla sodap....tak manis dan just nice....
So, syabas untuk Ana!!!
Gila gigih dia buat ni tau..me just tolong gitu-gitu je...lain tu tolong makan dengan amik gambar je...hihihihiih
Kengkawan bayangkan le..tray ada satu, gila berapa kali dia nak ulang kukus tu je......
Tapi disebabkan rasanya sedap..comel pun comel...so memang puas hatilah kan....

Katanya esok dia nak buat lagi..nak bagi untuk majlis kawan dia bertunang....^_^..semoga berjaya!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...