Perodua
Sebelum lunch hour tadi dapat call dari Perodua..katanya call pasal roadtax dan insurans kereta me....
First, me tak suka betul cara bercakap dan intonasi dia......
Dahlah tetiba...haruslah me blur-blur ayam...sampai bergetar-getar suara I okeh, nerves punya pasal!..pastu dia pulak macam nak kerek-kerek...la haiiiii...I is cakap elok-elok je tau....padahal dia yang call me de..bukan me yang call dia pun...
Style dia, macam nak suruh me iyakan saja apa yang dia kata...pastu cakap macam nak bentak-bentak umpama me ni menyusahkan dia....wadehel??
Bila me tanya pasal nak tukar insurans company lain...baru tanya je tau bukan suruh pun lagi...dan dan katanya "eh, kenapa nak tukar??apa masalah insurans lama tu??kalau pakai yang ada kan ok??"...dengan intonasi intonasi okeh..I is takuitlah kan..tanya je pun......huuuuu...
Lagi satu tu, masa mula-mula offer servis tu dia siap cakap lagi...nanti dia buatkan ni kalau dah siap nanti boleh suruh despatch hantar roadtax tu ke rumah me lagi..katanyalah....tapi bila hujung-hujung dia cakap lain pulak.."ni nak pos kat mana??..alamat ni betul ke tak??bagitau saya alamat betul-betul"..takuitttt...mintak alamat tapi macam nak mintak hutanggggg...adoihaiiiii...dahlah tadi cakap lain, pastu dah hujung cakap lain...
Masa nak tanya pasal buat payment pun sama..bila me kata macamana nak bayar..katanya "kalau cash boleh bagi je kat akak terus...kalau nak transfer boleh masuk kat acct akak"...(yang ni boleh pulak cakap bebaik je...)..tapi kalau korang boleh buta-buta nak percaya camtu je??kalau me memang belum boleh percaya lagilah kan.....so me pun tanyalah dia elok-elok je tau... "akak kalau saya bagi cash nanti ada resit tak?..."..marah dia weihh "ehh..mestilah adaaa...akak dah kerja kat sini 19 tahun dah dik...ni akak kat kaunter depan Perodua nih....potpetpotpet" ...huhuhuhu.....
I is haruslah tanya untuk safety sendiri la..patutnya akak tu tak bolehlah assumed orang yang dicall tu 100% rasa secure dan percaya kan....
Yang paling tak boleh blah..bila me suggest gi hantar duit hari Isnin nanti lepas office hour dalam pukul 6 petang..laju je dia cakap "kalau 5.30 boleh...?"...then me cakaplah "saya kerja jauh kak...selalunya pukul 6 saya sampai kat area tu..."..terus dia cakap "eh, tadi kata nak cuti petang kan??"..wiwiwiwiiii......
Kesimpulan: seksa jiwa dah raga I yang sensitip ni tauuuuu.....dahlah tetiba call tapi sebab offer perkhidmatan so takpelah baguslah macam tu..bak kata orang pucuk dicita ulam mendatang kan...tapi tang dia cakap semua kita nak kena dengar pastu macam paksarelakan me je..huuu..takuit oooo......ni baru tanya macamana semua tu je....belum lagi me deal betul-betul....memang nehiiiiii!!!
CIMB
Then, dah nak tengah hari me Google cari nombor telefon kejab, terus call...
Dapat bercakap dengan staff yang berkenaan, bagi no kereta katanya nanti dia check dulu then akan call me balik...
Sejam lebih kemudian dapat call dari CIMB, then terus deal semua benda...clean and clear...
Soalan yang sama jugak me tanya pasal nak tukar co. insurans, pasal amount, pasal nak buat payment, pasal nak amik macamana...
Siap staff ni kata boleh jumpa sendiri bagi roadtax tu ye (kebetulan seiring sejalan..hehehe)....
Kesimpulan: Sejuk hati okeh..sesejuk Cameron Highlands yang Aliaa pergi bulan 12 haritu..heheheh...of course le takde intonasi-intonasi yang menyakitkan hati (walaupun tau yang staff CIMB tu macam bz bz je)..leganya weihhhh....
Kesimpulan yang dapat disimpulkan: haruslah pilih yang CIMB...pasal secure tak secure tu adalah faktornya jugak..tapi paling pentingggggg tak payah nak pening kepala dan tak payah nak sakit telinga dan hati....
p.s.: dua-dua pun perempuan tau..jangan cakap I is berat sebelah....haiippppp!!