Search This Blog

Saturday, July 24, 2010

MISI TAK BERAPA MUSTAHIL....

Arini ada misi-jalan-jalan cari pasal..oppsss, misi jalan-jalan cari makan bersama Sept, Mijon, Anim dan Zai...
Kitaorang akan ke Shah Alam dan ke Putrajaya...
Misi ini adalah bersemperna bulan Ramadhan yang akan tiba...
Wait n see what will happen...huhuhuhuh...

Okey, chow!

Monday, July 19, 2010

Betui..betuii..betuiiii....

READ THE CONSEQUENCES FOR CROSSING THE BORDER FOR DIFFERENT COUNTRIES

If you cross the North Korean border illegally
You get 12 years hard labour.

If you cross the Iranian border illegally
You are detained indefinitely.

If you cross the Afghan border illegally
You get shot.

If you cross the Saudi Arabian border illegally
You will be jailed.

If you cross the Chinese border illegally
You may never be heard again.

If you cross the Venezuelan border illegally
You will be branded a spy and your fate will be sealed.

If you cross the Cuba border illegally
You will be thrown into political prison to rot.

If you cross the British border illegally
You will be arrested, prosecuted and sent to prison and deported

If you are an Indonesian and cross the Malaysian border illegally
You will get:
- My PR (Permanent Residence)
- A driving license
- Voting rights
- Job reservation
- Special privilege to be consider as a bumiputera
-Credit cards
- Free subsidized items - petrol,food,etc..
- Subsidized rent or a loan to buy a house
- Free education
- Free healthcare



P/s: Harharharr...mula-mula rasa lawak, tapi bila fikir2 balik, pelik tapi benar nih...huhuhuh
Sumber:  Forwarded email...


Thursday, July 15, 2010

Akhirnya....

Akhirnya....
Akhirnya myresipi.com dah boleh bukak..horayyyyy!!!
Suka tak terhingga...mana taknya, setelah sekian lama page ni tak boleh dibuka-bukak, akhirnya minggu ni sudah boleh bukak...



Promo sikit..hehehehhe...
Ni namanya entri syok sendiri pat belas kali...huhuhu...
Saya telah pun mendaftar di dalam myresipi.com nih tau..
Dah telah pun selamat menghulurkan 9 resipi yang tak seberapa..
Resipi bodo-bodo je pun (me punya la..bukan orang lain..)...
Me bukannya pandai masak...tapi saja attachedkan resipi yang me dah pernah masak dan me suka dalam web ni..bukan apa, kalau sendiri lupa bolehla rujuk balik kat sini..(nampak sangat tak pandai n tak biasa masak kan..huhuhuhu)...


Apa lagi..silah meriahkan page resepi nih...best ooo...resepi sume guarantee boleh percaya punya, sebabnya siap ada testimonial lagi tau....(orang lain punya resepi la kan..)..Try la bukak, jangan tak bukak ok (wahh..main paksa-paksa nih).....



Sunday, July 11, 2010

Siap!

Segala checklist untuk semalam beres semuanya...

Masak sambal daging...siap sebelum kuar rumah..tapi haramm...namapun dah lama tak masak, lagi-lagi bila dah tinggal bertiga nih (alasaannnn) maka masakan itu kurang menjadi..sebabnya terblend cili kering kasar-kasar aduhhhh..daging dah lembut, rasa dah ok, tapi cili sambal berkeping-keping...masa blend tak tengok betul-betul...nasibla..tu pun ada lagi suku periuk..huhuhuhu

Dapat beli beg sekolah agama Anim..nak dekat pukul 11 am dah ada dah kat Jusco AU2...survey-survey dulu, last-last seperti yang dijangka, kena gak beli kat Tropicana Life..kat situ memang banyak choice untuk bag pack..yang bestnye, beli dua items dapat 30% less..best...best...less tu semperna 18th anniversary...so, terpaksa cari second item untuk mendapatkan jugak less 30% itu...akhirnya beli beg satu n beli sweater satu..dua-dua anim punya..saya hanya tukang pilihkan, tunjukkan dan bayarkan saja (bayar saja ok, duit untuk bayar kepunyaan Emak saya)..setelll satu perkara....

Kipas syiling jugak dapat..warna bronze (coklat le tu..)...seperti yang dirancang, beli kat kedai elektrik kat Ampang Waterfront..Cisss..mintak kurang tak dapat pun...beli brand KDK...ramai kata brand ni elok..tapi memang pun, banyak-banyak brand kipas, ni antara rega yang mahal sikit...tak kirala..Emak pun sudah request..so ikutkan je..nanti nak suruh Azrul pasangkan..tapi tak tau le tahun bila dia boleh buat...nampaknya, emak n Anim kenala tahan tido berlagukan kipas yang berbunyik kuat..huhuhuhuihu

Lain-lain semuanya success, termasuklah buat sleeping beauty..

Malam pulak, nak dekat pukul 9 sempat merempit dengan Anim n Viv tersayang gi Bintang kejab, lupa nak beli Kunci Mangga untuk emak, sebaik ada..tapi tak sangka la pulak mangga yang saiz kiut miut pun makan belas hinggit..tak pernah beli sendiri la katakan...

Lupe satu...Viv tersayang...bila lah nak gi hantar mandi..dah naik tompok-tompok taik unta dah me tengok..kang mandikan hujan manjang...rugi..hahahahhaar..kedekuit punya Sue...!!Tengok-tengokla bulan depan ke...hahahahhahaaha...sah memang kedekuit pahit...

Gambar macam biasa, takde..kena tunggu 16hb kata Dogo berukband la...katanya tiap 16hb baru berukband tu empty, so, boleh la upload balik...tak pun kena la tunggu upload gambar kat opis nanti..tulah pasalnya kebanyakkan gambar yang diupload adalah entri yang out dated....nasib la janji adaa...

Saturday, July 10, 2010

Plan hari ini..


Checklist untuk hari ini adalah:


  • Hantar emak pergi keje (emak masuk pukul 7)- check

  • Beli daging lembu RM 20-check

  • Beli breakfast nasik lemak gerai payung-check (lauk arini dapat paru n telur mata..syokkk!!)

  • Kemas rumah serba sikit-not yet (baru je start dengan basuh pinggan yang berlambak-lambak dalam sinki dan dah masak air)

  • Potong daging slice nipis-nipis-check (hari ni nak masak sambal daging.  Lama giler tak masak time weekend.  Daging tu dah pun diperap dengan serbuk kunyit dengan halia slices, tak jumpa pulak madu...lantakle..)

  • Kena pergi Jusco Au2 sebab nak kena carik beg sekolah agama Anim-

  • Kena pergi kedai elektrik dekat Ampang waterfront, nak beli kipas syiling bilik emak.  Sejak kenduri Atie aritu, tetiba dia berbunyik macam nak tercabut, so memang kena ganti-

  • Oppss..lupa, daging perap tadi kena masak-double check (kena masak sebelum kuar rumah nanti..sonang keje)

  • Tido tengah hari secara solo-not yet (karang dah setel kat atas semua baru boleh buat sleeping beauty)

  • Jangan lupa arini hari tanpa plastik kat Selangor, jadi kena bawak la plastik or bag apa yang patut-nanti-nanti check

  • Lain-lain lagi belum ter'decide'...-

P/s: Excited gi Wendy's sampai lupa nak review rasa burger dia..huhuhuhuh..
      Burger dia memang besar n tinggi, tapi rasa so and so sahaja, sedap lagi McDunal and Raja Berger..
      Mungkin sebab kat situ customer tak ramai, stok adalah jarang bertukar.  Tapi eskrim dia memang syok,
      me suka giler..suka sebab dia macam serbat susu, kasar n rasa susu..syok-syok..





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...