Search This Blog

Thursday, December 22, 2011

Darjah 1 Cempaka...

Tiba-tiba teringat kisah dulu-dulu...
  • 1987 (Darjah 1 Cempaka), SKA:  Nama cikgu Hajah Safiyah kalau tak silap..dah tua dah dia time tu, macam nak pencen, tak tau lah la ni umur panjang lagi ke tak...(hamboih...mulut Sue..huhuhuhu)..
  • Ingat lagi, time tu sapa yang pandai mengeja dan membaca di"wajib"kan menjadi tutor kepada budak-budak lain yang tak pandai baca...heheheheh...me pun terjebak sama ok, tak pasal-pasal jadi "cikgu sementara"...masa tu, ada jugak budak yang tak pandai membaca walaupun dah masuk darjah 1, sebabnya bukan semua emak bapak mampu atau nak hantar anak-anak diaorang gi sekolah tadika time tu kan..So, kalau ada masa senggang tu Cikgu Safiyah ni akan panggil 3-4 orang murid yang dah reti membaca untuk jadi 'tutor' kepada yang tak reti membaca.....Masa tu mujurlah emak dan abah hantar me gi sekolah tadika siap-siap..kalau tak memang tak pasal-pasal kena masuk 'extra class' dan kena belajar dengan 'cikgu cikgi sementara' yang ada tu gitu.....
  • Ingat lagi antara yang kena 'tutor' tu adalah pasangan kembar perempuan...Dua-duanya bab membaca memang fail, kesian tau....Pastu walaupun diaorang ni kembar, sorang tu normal dan sorang tu macam tempang sikit kakinya dan ada sikit sumbing kat mulut (tapi dah dibaiki, cuma ada tanda kat bibir tu...) dan sedikit sengau bila bercakap...Tapi memang kesian..ingat lagi..yang kakaknya (yang tak berapa normal fizikal) tu agak lembab sikit serba sikit...ada sekali tu lagi kesian, boleh pulak dia terbuang ayaq besaq kat dalam kelas...huhuhuhu...memang haru time tu...tapi sebaiklah kecik-kecik pun bebudak dalam kelas me tu tak berapa 'nakal' so takde sapapun nak usik-usik kembar yang sorang ni....Cikgu pulak masa tu me puji, memang apa-apa akan amik berat dulu pasal yang kembar sorang ni....Tapi rasanya kembar tu sekolah kat sini tahun satu je kot, sebabnya bila dah masuk darjah dua tu diaorang dah takde...
  • Paling ingat Si Shahrir, dialah budak yang paling pandai melukis dalam kelas (dalam sekolah kot)..Time tu ingat lagi...bila time free je, apa lagi dia keluarkan sketch book tu dan terus dok melukis...paling me ingat dia lukis gambar Michale Jackson u.....hebat ooo...sapa sangka budak darjah satu dah boleh lukis potrait..serius, dia bukan lukis main-main ok, memang dia sketch/lukis sebijik-sebijik tau....Dalam buku sketch dia tu je, penuh gambar yang dia sketch okeh...sapa sangka budak darjah satu pandai melukis sikit punya pro kan......
  • Masa ni ingat lagi me belanja tiap-tiap hari pergi sekolah adalah 50sen...Tapi time ni 50sen adalah average...selalunya paling banyak belanja pun time ni 70 sen...Paling sikit mungkin 40 sen pun ada kot..tapi kebanyakkan kengkawan memang belanja 50sen...50 sen pulak masa tu nilai dah macam RM2...Dengan 50sen tu me boleh beli 1 bungkus nasi lemak atau 1 pinggan mee/mihun goreng dengan harga 30 sen sahaja...pastu balance tu boleh buat beli jajan, jangan tak tau, dulu kat kantin sekolah ada jual jajan/cekedis tau, keropok Lekor ke, Chicken Nuggets ke apa takde jual lagi...Air minum (air kordial) pulak baru je 10 sen segelas...Tapi satu je, air memang me dah bawak dari rumah...pesanan penaja Abah dah pesan siap-siap jangan beli air kat sekolah tak bersih katanya....tapi memang pun, masa tu ingat lagi, kalau air jual kat kantin tu tong dia kan transparent tu kan, terapung segala mak nenek serangga okeh...jadi bila Abah (Arwah) dah pesan camtu, lagi memang depan mata pun dah nampak macam kureng je, so memang sampai darjah 5 me memang tak pernah beli....Darjah 6??tu kena tunggu lain hari baru citer...
  • Pergi sekolah, katanya darjah satu, haruslah baju pinafore kan...tapi serius, memang me tak selesa giler kot...Satu sebabnya tiap kali pakai tu, baju kemeja putih yang kita pakai tang dalam tu awatlah suka sangat naik ke atas...haru weii..bila angkat tangan tu lagilah, berlumba-lumba kot baju tu nak naik sama-sama ke atas....pastu nak menurunkan balik tu mak aiii, sikit punya seksa tu, terkorek korek kiri kanan pun tak mau-mau jugak turun...jadi end of the year memang dah pesan kat emak siap-siap, darjah 2 memang taknak dah pakai skirt lagi dah yea......

Cer teka me yang mana??

No comments:

Post a Comment

Orang yang yummy....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...