Search This Blog

Friday, December 14, 2012

Daging Sambal Halia...

Resipi simple yang asalnya kuahnya banyak tapi me pekatkan....

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • Bahan Diperap:
  • 1/2 kg Daging (dipotong mengikut saiz kesukaan)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit dan Halia(saiz ibu jari-dihiris: Halia lagi banyak lagi sedap)
  • Bahan kisar (tumis):
  • 15-20 tangkai cili kering
  • 2 ulas bawang putih
  • 6 ulas bawang merah
  • Halia (1-2 inci)
  • Bahan Dihiris: 1 ulas bawang besar
  • 1 Cawan Air Asam
  • Tips: -Tambah sedikit madu pada perapan daging (untuk melembutkan) -Goreng 2 biji kentang (dipotong mengikut saiz kesukaan), masukkan semasa sambal hampir masak..

Cara-cara

  1. Pict2960
     Perap bahan2 utk diperap tadi...perap dan simpan didalam peti sejuk (20-30minit)
  2. Kisar bahan2 untuk dikisar...
  3. Panaskan kuali..masukkan minyak, masukkan bahan yg telah dikisar...
  4. Terus masukkan bahan yang telah diperap tadi kedalam kuali...
  5. Tunggu hingga daging masak..dan cili menjadi garing..
  6. Jika daging susah hendak empuk, masukkan air kedalam tumisan..biar lagi sehingga naik minyak dan daging empuk...
  7. Bila tumisan menjadi garing dan berminyak dan daging telah empuk..masukkan garam dan gula (pastikan gula lebih sdikit)
  8. Masukkan air asam jawa kedalam tumisan..biarkan mengelegak dan pekat..(kepekatan ikut selera, tambah air asam jawa jika inginkan sambal banyak)
  9. Bile dh makin pekat, masukkan bawang besar tadi..kacau sehingga rata..Kalau anda rajin boleh msukkan kentang goreng yg telah siap digoreng..
  10. Siap



Resepi ni me dapat dari kawan Atie...ayahnya yang masak....(tqvm pakcik....)
Ayahnya kata kalau nak sedap kena letak halia banyak-banyak...
So, one day trylah buat....resepi asal guna daging tetel tu...tapi kitaorang bangsa (orang kat rumah me la tu...) tak reti makan jenis tetel tu...so guna daging biasa je...
Resepi asalnya kuah adalah cair...sedap giler ko...tapi disebabkan rumah me ni gila makan sambal...so kita pekatkan je....
Dan akhirnya jadilah resepi bertajuk  Daging Sambal Halia....
Suka buat pekat sebab lagi sedap dimakan lagi-lagi kalau dengan Nasi, Nasi Impit, Pulut atau Roti....^_^




1 comment:

  1. looks delicious sis..i bet the taste pun mesti delicious..

    ReplyDelete

Orang yang yummy....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...