Search This Blog

Friday, November 12, 2010

Cameron Highlands 2010-Bharat Tea Plantation

 Entri tanpa suara...kuikuikui...
  











Thursday, November 11, 2010

Cameron Highlands 2010-Siri Makan Scone dan Minum Teh..

Lepas je ke Ye Olde Smokehouse tadi tu kitaorang terus ke sini..
Bharat Tea Plantation..
Jem jugak mula-mulanya, tapi oklah makin lama perjalanan tu jalan jadi makin clear dan smooth...
Alhamdullilah...
Sampai sini nak dekat pukul 12.45 tengah hari dah...
Orang??
Huh..jangan cakaplah, confirm ramai...
Tapi disebabkan Parking lot dia besar, takdelah rasa sesak sangat macam kat tempat lain tu...

Sampai je sini tak tunggu apa dah, terus je menuju kat cafe Bharat Tea ni dan cari seat...
Kata nak makan scone kan...so, kenalah usaha jugak sampai dapat...
Akhirnya, tak sampai 5 minit kitaorang dah dapat seat......
Alhamdullilah..memang rezeki nak makan scone tu ada....


See, orang adalah super crowded...
 Seat penuh je sentiasa, cuma rezeki kitaorang dapat cepat...


Beratur nak beli makanan...
 Mijon yang jadi tukang beli..kitaorang tunggu je...
Tapi dah pesan, tak payah banyak-banyak, untuk rasa je ok...


Tapi kat sini pun semuanya hanya ada makanan yang ringan-ringan...
 Yang berat-berat tak de...kalau korang lapar, nayalah jugak, mana taknya paling berat makanan kat sini adalah Nasi Lemak, tapi tu pun yang coit (kecik) giler..
Harga??
Kalau kebulur sangat boleh la beli...kalau takat nak rasa tu tak payahlah..
Mahal ok..RM3 untuk Nasi Lemak bungkus yang saiznya super comel giler...tak berbaloi...

Zai yang macam terpaksa tadah muka...^_^...






View pun very nice...cantik sangat..
 Tapi boleh tak terlupa nak amik gambar kat tepi-tepi belakang tu...huhuhuhu..rugi wooo....



Scone yang diidam-idam sangat....^_^
 Huduh je rupanya kan...?hehehhehe



Mijon beli cukup-cukup je untuk 4 orang...
Dapatlah seketul sorang...
Tapi boleh tak, harga boleh tahan ko bubuh, tapi pingan sumpik...sabar jelah...



Selain Scone, Mijon beli jugak Brownies with Icecream nih...



Test kekerasan Scone ke tengah briefing Zai nih....hihihihihii


Air yang menjadi rebutan...

Air Teh Tarik je pun, tapi ada taruk Vanilla Icecream...
So, rasanya sangatlah sedap...
Tapi sedap-sedap jugak, harga??
RM5 segelas ni tau......


Sesi bergambar bersama makanan...

Yang seteko ni air Teh..
Cardamon Tea (kata Mijon)...
Zai kata rasa Teh ni macam rempah yang ada dalam rendang..hehehheheh...
Bila Mijon gitau Cardamon Tea, pastu tadi me confirmkan balik siap tengok kamus lagi kau, dalam Bahasa Melayu kalau tak silap Teh Pelaga...
Dah memang confirm la tu...kuikuikuikui...
Memang, teh ni rasa berempah-rempah sikit...
Me rasa macam best juga, tapi yang tak bestnya, Teh ni pahit sebab pekat sangat, kalau cair ni rasanya lagi sedap kot...

Scone ni Mijon sorang je yang pernah makan...
So, dialah yang memberi penerangan tentang cara-cara nak makan benda alah nih...almaklumlah, kawan-kawan lain ni jakun sikit...heheheh


Hah, tak teringin bila dah nengok camni punya demo???kuikuikui...
 Kali terakhir Mijon makan Scone ni kat Smokehouse tulah..
Tapi tak sangka mahal sangat pulak, tak berbaloi nak habiskan duit gitu je, tu yang akhirnya ke sini tu...



Saya pun nak jugak...!!


Zai pun sama...!



Aammm...selamat dalam mulut Sept....^_^

Alhamdullilah...
Tercapailah cita-cita dan hasrat masing-masing nak makan Scone kat Cameron Highlands ni...
Alang-alang sampai kat sini kan, kena cuba, kalau tak bila lagi nak naik atas nih...^_^
Harga semua-semua ni RM57...oklah, bukan selalu kan...

Lepas ni nak pergi sebelah pulak, nak cuci-cuci mata...

Cameron Highlands 2010-Siri Menjengah Rumah Asap a.k.a Smoke House Hari Kedua

Hari kedua haru...
Bukan haru apa...
Pagi belum pukul 8 dah ada kat cafe/restoran hotel untuk breakfast, tapi kau..ramai la pulak...
Ingatkan kitaorang je yang 'rajin' bangun pagi-pagi..rupanya tak...ramai lagi yang rajin jugak..
Meja pulak muat untuk 10 orang tiap-tiap meja, so nak taknak terpaksa lah menumpang kasih dengan orang lain..tapi no hal la pun, janji dapat duduk proper sudah....
Lepas tu pulak...
Breakfast kenyang-kenyang balik bilik bukan nak siap-siap pun, tidur dulu, boleh???
Sabar jelah...
Last kuar dari hotel nak dekat pukul 12...haram betul masing-masing...

Hari ni plan sebenarnya nak pusing-pusing mana yang sempat kat Cameron ni...
Disebabkan kitaorang memang dah kat Brinchang, so niat nak ke Tanah Rata la pulak...
Mana-mana tempat yang berkenaan haruslah kitaorang singgah dan berhenti...
Tapi
Ada tapi tu.....bukan je kat Cafe/restoran hotel je yang penuh...
Sepanjang dari Brinchang ke Tanah Rata pun penuh jugak...beratur kereta ok, dah lah tu, bila nak parking dah jadi hal..so, ada jugaklah tempat yang kitaorang terbantut nak pergi...huhuhuhu

Mijon suggest kitaorang ke Ye Olde Smokehouse je dulu, lagipun tengok cara macam tak penuh je situ...
Nak cari Scone kat sana katanya..feeling2 ingeris gitu...hehehheh..


Saya di depan pintu hotel ini...
Macam patung bernyawa lak rupanya..kejung je...


Mijon dengan Zai yang tengah menelaah menu untuk makan scone..
Alahai, harga sangatlah tak berbaloi dengan benda yang nak dimakan.tak sanggup ok...
Satu set RM26++...
Dalam set tu hanya dapat seketul skon dengan secawan teh sahaja...
Ohh..tidaklah saya...
Lain kali jelah yek...

So, bergambar jelah dapatnya...



Alang-alang dah sampai kan....



Rupanya memang ramai yang datang kat sini semata-mata nak cuci mata dan bergambar...
Ingatkan kitaorang je...

Gambar-gambar yang ada....













Cantik kan?
Sejuk je mata memandang..memandang jelah, nak duduk kat sini tak mampu....kuikuikui

Kat Ye Olde Smokehouse ni kitaorang kejab je..tak tunggu lama, lagipun orang ramai dah beransur-ansur datang (betul ke ayat nih??)..
Daripada stuck kat sini, baik kitaorang beransur-ansur pergi je..
Jelajah ke tempat seterusnya la pulak, doa-doa tak sesak sangat...fuhhhh..Aminnn......

Bersambung...


Wednesday, November 10, 2010

Cameron Highlands 2010-Siri Tak Hingat Donia Hari Pertama..

Ohh..bermimpikah saya???!

Aduh..duhhh....
Apakah??
Sila gonyoh kuat-kuat itu mata...


Ini bukan cobaan, ini betul-betul ni...
Heheheheh..

Inilah program kedua kitaorang tu...
Semangat ok..semangat..


Mamat Reception masa mula-mula check-in hotel tu orang nak tanya benda lain tetiba dia 'tersebut' "karaoke"..ek ehh....
Mula-mula kat bawah tu, senyap je masing-masing, tak de pulak dok sebut apa-apa..rupanya bila sampai bilik dah sesorang mengagau dok sebut "karaoke..karaoke.."...hahahahahar
Apa lagi, angkat tepon terus booking..tak tunggu dah..bukan selalu pun..
Ni first time ok kitaorang berjemaah berkaraoke sama-sama...kesian kan..kan?

Mijon yang hebat...
Hebat ok, kejab jadi Sharifah Aini, kejab jadi Hetty Koes Endang, kejab jadi ABBA...heheheh..
Versatile habis la...memang best..!

Turn me pulak...lalalalala...

Nyanyi tapi gelak-gelak, camno??
Mula-mula ginilah, nyanyi sikit, gelak, nyanyi sikit tergelak..
Iyalah, first time nak tunjuk bakat depan masing-masing..
Ala-ala first time nak nyanyi di depan kengkawan kan...kata pun tak pernah, so, mula-mula sangatlah gonjeng...
Tapi me pedulik hape...sapa malu dia rugi ooo....hehehheheh...


Zai yang kurang dapat pegang mikrofon...
Tapi dia tak kisah pun..hepi saja...


Kengkawan pulun nyanyi, Zai pulun menelaah lagu...


Penyandang 'Gila Mikrofon' jatuh kepada Sept...hahahahahar...
Siap jadi DJ lagi ko..kalah DJ orang kenduri..
Betul-betul kitaorang buat tempat ni macam kitaorang yang punya...
Berlawan habis dengan bilik sebelah..hahahahahar...

Zai yang langsung tak 'Gila Mikrofon'...syabas Zai...
Tak payah la saya berebut mikrofon dengan beliau..kuikuikui....


Dah carik lagu, apa lagi..masukkan no kod anda diikuti dengan butang #...
Ha..confirm betul ke no tu Zai oiii...???

Zai yang akhirnya berjaya memegang Mikrofon...hehehheh...
Kesian Zai ok, berkali-kali masukkan no lagu dia, tapi bila tunggu turn lagu dia nak kuar, tak kuar-kuar..
Rasanya lagu yang kitaorang pilih dah 4-5 kali main tukar-tukar, tapi 1 lagu yang dia pilih tu tak mau-mau jugak main.....
Sampaikan dah nak masa kecederaan baru lagu tu kuar..tu pun setelah me yang masukkan no tu ok...kalau tak sampai kesudah tak dapat pegang mikrofon tu secara one man show....hihihihiiik

Bilik Karaoke Lounge ni ada kat hotel jugak..
Dia dekat dalam Restoran Chinese Cuisine Steamboat...
Kalau nak guna kena booking siap-siap, takut penuh...
Harga??
RM 30 per jam..Minimum kena book 2 jam..

Mula-mula bebudak ni kata lamanya 2 jam...
A'a..lama lah sangat..diaorang tak tau, kalau jumpa yang gila mikrofon macam me ni (memang me suka je nyanyi ok...), sah-sah tak cukup tu...

Ceh...memang pun, dah masa kegelinciran, last-last pergi kat orang tu kata nak tambah lagi sejam...
So, kitaorang duduk dalam ni dari pukul 10 sampailah pukul 1...3 jam kau, amik...!
Yang lawaknya tu, boleh tak, belum pukul 1 lagi tetiba dah termati benda alah karaoke tu...
So, keluarlah masing-masing, alang-alang lagi 5 minit nak pukul 1, malas pulak nak pergi panggil minah yang tukang jaga karaoke tu...
Rupanya, elok je kitaorang lalu kat pintu keluar tu, auntie jaga restoran tu dah standby tunggu kat pintu utama nak keluar kau...siap tahankan pintu lagi ok...
Ayat menghalau dia "esok pulak yea..."...hahahahahahar..ko ni auntie...memang perli habis la tu kan..
Tau lah tinggal kitaorang je, agak-agaklah pun...hihihihiik..

Lupa pulak, bilik dia besar giler kan..?
Boleh guling-guling baring reramai lagi ni, sikit punya besar..
Sebaik kitaorang tak yampui berempat...hehehheh...
Tapi kitaorang tak oder apa-apa pun..tahlah, lupa kot, sebab bila fikir-fikir balik..
A'a..memang sepanjang 3 jam tu kitaorang bantai nyanyi je non-stop...hehehehheh

Karaoke first time ni memang enjoy lah...
Selalu je sebenarnya kitaorang nak berkaraoke sesama, tapi tak pernahnya dapat..
Masa pergi Melaka aritu, hotel takde provide pulak, kalau pergi tempat lain tu ada je halangan...
So, memang lepas ni boleh lah kitaorang berjemaah 'menyumbangkan' suara lagi...kuikuikui...

Balik 'program' karaoke tu, masuk bilik sempat sembang-sembang sampai nak pukul 2..
Kena tidur, kena tidur....sebabnya, esok pepagi lagi dah nak kena bangun...
Breakfast hotel ni kejab sangat, dari pukul 7.30 sampai pukul 10 pagi je..
Kang terlepas breakfast lagi haru...huhuhuhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...