Search This Blog

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Monday, May 23, 2011

Puding Kastad (Jagung)

Buat jumaat 2 minggu lepas...



Puding Kastad

Puding
Simple custard pudding

Created on : 10-04-2006

Bahan-bahan ( 20 cm )
  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 cawan gula (dikurangkan, me jadikan 3/4 cawan sahaja)
  • 1 cawan jagung dalam tin (me guna yang corn in cream, sebab tu je yang ada kat rumah)
  • 5 cawan santan (kurangkan, me jadikan 4 setengah cawan sahaja)
  • sedikit garam

Cara-cara

  1. Blend jagung (me tak blend pun, saja sukakan rasa jagung seketul-seketul tu...). Kemudian masukkan semua bahan-bahan di atas. Kacau sampai sebati
  2. Masak di atas api yang sederhana. Sambil dikacau sehingga berkilat
  3. Masukkan ke dalam loyang
  4. Bolehlah dipotong apabila puding telah sejuk


Terima kasih Erna untuk resepi ni...
Kengkawan tryla...resepi simple tapi memang sedap sangat-sangat....

Thursday, May 19, 2011

Cream Puff..

Cream Puff yang dihasilkan pada bulan 6 tahun 2007...
Ha kau..dah berjaman kan...

Kisahnya, pagi tadi bukak-bukan gmail tetiba dapat email dari siti Normaya ni...
Dia tanya soalan pasal cara nak buat creampuff yang me pernah cuba buat dari myresepi...(me ada tinggalkan jejak kat sana...)
Sebaiklah kisah lama tapi me masih ingat lagi cara dan kaedah nak membuatnyer...hehehhehe...

Resepi asal adalah dari SINI....

Cream Puff

Cream-puff
Senang.. cara-cara masak bergambar

Created on : 29-08-2006

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 100ml air
  • 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
  • 60g tepung gandum- diayak
  • 2 biji telur(100g)

Cara-cara

  1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
  2.  Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
  3.  Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
  4.  Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
  5.  Masukkan telur, kacau cepat-cepat
  6.  Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.
  7.  Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.
  8.  Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
  9.  Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
  10.  Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.
  11. Cara buat kastard krim boleh rujuk di sini atau di sini
  12.  Bentuk nozzle yang diguna untuk buat cream puff. Saiznye adalah 1 cm
  13. *UPDATE* Boleh juga guna cara ni. Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer


 Tapi seperti pertanyaan Siti Normaya, me tak ni takde microwave oven sebernarnya, dalam komen me kat Myresepi tu, me telah gunakan periuk biasa je bila nak buat batter cream puff nih...
Caranya senang je, guna je dapur biasa, just tenggek periuk biasa cuma api kena maintainkan perlahan je, sebab takut adunan jadi bergentel...
Kat bawah ni adunan yang dah dipipe ke atas dulanglah sangat kan tutup periuk tu...kuikuikui...
Ni kaedah orang tak reti nak cari dulang pembakar kat ne, so belasah je guna tutup periuk...
Lagi satu, me pipe ni tak guna pun bag piping, just guna plastik putih (clear) tu je...
Dah sumbat adunan kat dalam plastik dan gunting sikit je hujung plastik tu...
Terus boleh pipe kan dah...pipe secara bulatan dan jadilah bentuk macam kat bawah ni...(ewahh...macam pro je kan...?hehehhehe)
Macam resepi asal jugak, lepas dah pipe tu kena semburkan sikit air kat atas adunan ni...
Untuk apa me tak berapa pasti lah pulak..hihihihiihi...

Ni yang dah siap bakar...
Amacam??oklah kan untuk amatur..hihiihi..
Masa buat ni memang habis ngoklah...pakai belasah je mana yang ada...
Tapi alhamdullilah..menjadi u all..hehehhehe...
Ok tak??
Ok sangat-sangat dah ni tau...
Apapun, kepada Siti Normaya selamat mencuba yek...(macamle dia baca blog nih...hehehheh)
Untuk Yani dari Myresepi pulak, TQVM...
Lupa pulak, untuk cari cara nak buat inti cream custard tu click link kat atas tu ye...

Sue Berkata tapi Dalam Hati: i wonder camne Siti Normaya tu boleh dapat email me tu kan?serius pelik binti heran...huhuhuhuhu

Tuesday, April 26, 2011

Kentang Goreng/Potato Wedges

Kitaorang kat rumah ni sememangnya sangat-sangat giler kentang...
Boleh dikatakan segala yang kena mengena dengan kentang mesti gelojoh habis makan punyalah...
Selalunya kalau benda yang berkenaan dengan kentang-kentang ni me akan masak pun yang sedia ada punya (segera punya la tu...heheheh)....tak pernah pulak try buat sendiri...
Tapi, masa me tercari-cari, terngintai-ngintai resepi kat dalam Myresepi terjumpa pulak resepi Kentang Goreng ni...
Bila tengok resepi sangat-sangatlah simple dan menarik jadi me pun cubalah...
Seriusss....sangat-sangat sejibik rasa Potato Wedges ok...best gilerrr ko....tak caya boleh try buat ye...
Resepinya...

Kentang Goreng


Bahan-bahan ( 3 biji kentang saiz besar )

  • 3 biji kentang bersaiz besar
  • 1 kiub pati ayam / bilis
  • Air secukupnya utk merebus
  • Minyak utk menggoreng - "deep fry"

Cara-cara

  1. Kupas kulit kentang di dalam rendaman air supaya isi kentang tidak hitam.
  2. Cuci bersih kentang dan potong ikut suka - saya potong kentang kepada 4 bahagian.
  3. Rebus kentang sehingga agak empuk. Masukkan sekali kiub pati ayam / bilis ke dalam rebusan kentang.
  4. Setelah kentang agak empuk, angkat dan toskan sebentar sambil menunggu minyak panas.
  5. Apabila minyak sudah panas. Goreng kentang secara "deep fry" sehingga warna kentang kelihatan perang.
  6. Angkat dan toskan minyak dengan menggunakan tisu serap minyak.


Walla!menjadikkk....


Yang me buat ni color kurang menyerlah sikit sebab tak sabar-sabar dah nak makan...kuikuikui...
Jadi lain kali boleh cuba goreng lama-lama sikit supaya nampak lagi semengah...

Pastu, rasanya boleh jugak kot kalau nak masak cara bakar dalam oven (selalu tengok mat salleh buat gitu kan..)...lain kali nak trylah pulak....^_^

Tuesday, April 19, 2011

Sizzling Yee Mee...

Malam tadi saya terajin u all...
'Termasak' Sizzling Yee Mee...
Walaupun hotplate takdok, tapi lantaklah, janji rasa dia sama sudah......
Rupa Sizzling Yee Mee yang me buat ni memang sangatlah tunggang langgang (sebab kelam kelibut nak mengalihkan cepat-cepat punya pasal, jadi main lempar je dalam pinggan..)...
Tapi rasa??memang tak sangka jadi ok...serius sebijik macam kat kedai punya...huhuhuhu..tu baru me buat separuh adunan tau...nyum..nyum..nyum...
Resepi sangatlah senang..tak sangka boleh buat sendiri kat rumah tau.....^_^
Resepi me amik dari My Resipi...
Dan terima kasih banyak-banyak kepada Lilydvalley...

Sizzling Yee Mee-Lilydvalley

Bahan-bahan ( 2-3 org makan )

  • 2-3 sanggul (gulung) yee mee
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
  • 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
  • 3 biji cili kering- potong 2
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 in halia- hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • garam- secukup rasa
  • Beberapa titik Minyak bijan
  • 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
  • sedikit minyak utk menumis

Cara-cara

  1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
  3. Masukkan 2 cawan air.
  4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  5. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
  6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
  7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
  8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.

Thursday, April 07, 2011

Makaroni Goreng Express

Kelmarin balik je keje terajin bebeno nak membuat Makaroni goreng...
Anim punya pasal, asik sebut nak makan *cocok-cocok..nak makan *cocok-cocok je..jadi, layan kan je...
*Anim dari kecik panggil Makaroni goreng ni cocok-cocok kemungkinan sebabnya bila nak makan guna garfu tu dia kena cocok-cocok makaroni tu dengan bersungguh-sungguh, so, baru dapat makan dengan laju dan senang kan, tu yang kecik-kecik dulu kalau nak makan Makaroni goreng je dia akan sebut cocok-cocok dan automatic me dan orang lain akan faham (cocok-cocok=Makaroni Goreng)....dan sampai sekarang jugak walaupun badan dah tinggi macam tiang lampu gemuk pun dia tetap panggil Makaroni goreng ni cocok-cocok tau, macam hape je kan, tapi lantaklah dia kan, ada akak ko kisahh???....kuikuikui


Yang me masak ni Makaroni Goreng Express namanya...
Bahan pun senang je...mana yang ada je...

Bahannya:
  • 1/4 paket Pasta/Makaroni (tak kiralah bentuk apa, rasanya tetap sama..ni me gatai tangan dok beli small shell, comel jer...)-direbus dengan sedikit minyak dan secubit garam..
  • Bawang Putih-3-4 Biji (ketuk je janji hancur)
  • Bawang Besar-1/2 Biji (potong ikut suka korang da...)
  • Cili Boh-2 sudu besar
  • 2 Sudu Besar Sos Tiram
  • 1/4 tiub Daging Kisar (Ramli punya sudah)
  • Telur-1 Biji
  • Kicap (apa-apa kicap pun boleh, janji kicap)
  • Minyak-sikit je untuk tumis
  • Garam (ejas ikut kemasinan) dan gula (sikit je, janji letak)
  • Cili Padi-1 Biji (potong-potong)
Caranya:
  • Tumis Bawang Putih, Bawang Besar dengan Cili Padi sampai naik bau.
  • Masukkan Cili Boh, tumis sampai Garing.
  • Masukkan Daging Kisar tumis lagi sampai masak (takut tak masak boleh tambah sikit giler air dan tunggu sampai kering balik).
  • Masuk Sos Tiram, kacau rata, masukkan telur tunggu sampai telur separuh masak baru kacau kasi bergentel.
  • Masukkan Makaroni yang dah direbus, kacau rata.
  • Garamkan, gulakan dan kicapkan.
  • Kacau lagi dan lagi sampai berasap, tutup dan makan..

Tada...resepi orang malas...sampai sayur pun takde...
Tapi bila tanya Anim, sedap tak??kata dia...ummm..sedapp..hahahahahar...sedap terpaksa ker???
Lantakk..janji masakkkk, boleh?...hehehheheheh...

Wednesday, March 30, 2011

Rosemarrry Lemon Chicken Grilled/Ayam Panggang Lemon Rosemarry...

Rosemarrry Lemon Chicken Grilled/Ayam Panggang Lemon Rosemarry
Resepi adalah dicedok di sini ===>

Bahan Utama:
Daun Rosemarry kering-3 Sudu Besar..
Dibeli di Jusco, harga RM5.65...


Olive Oil-3 Sudu Besar Juga..
Beli di Jusco, RM6.90...

Kecik je pun...nak guna tak banyak pun kan....


100ml...tapi bukan extra virgin pun...janji ada...


Lemon 2 Biji...beli RM0.99 sebiji kat Jusco juga...
Bahan lain yang tiada dalam gambar...Bawang Putih-3 Biji dengan sedikit Garam (dalam 3/4 sudu besar) dan Ayam saiz sederhana (seekor)...


 Caranya:
1.  Tumbuk hingga lumat Daun Rosemarry dengan Bawang Putih...dan dilumurkan keseluruh ayam...
Jangan lupa tambah garam sekali...garam tu agak-agak je...letak lebih kurang 3/4 sudu besar tu gaul rata-rata...




2. Sementara tu rebus Lemon sehingga kulitnya menjadi lembut..Bila dah lembut angkat dan dicucuk-cucuk kulit tu dengan garfu...dan disumbat ke dalam perut ayam...



3. Dah sumbat tu, biar ayam dimarinate/diperap dulu...tutup dah masukkan ke dalam peti sejuk selama 5 jam...




4. Dah cukup time, bakar sahaja didalam oven dengan suhu 180 darjah celcius selama 45minit hingga ayam masak atau sehingga Ayam dah cantik berkilat......
Boleh jugak terbalikkan ayam bila sampai ke minit yang ke-30 (macam main bolalah pulak...hehehhehe)...tapi me terlupa..boleh???
Siap!!boleh terus dimakan..sangatlah moist..me ratah saja...paling best bila makan dengan sos cicah keropok tu..nyum..nyum..nyum...syedapppp sangattt....!^_^

Thursday, February 24, 2011

Ubi Kayu...

Ubi Kayu...sedap sekali dimakan time-time petang, lagi sedap kalau makan time hujan...huuuuuu kauuu...
Ni cara simple untuk menikmati Ubi Kayu...
Bahan utama, haruslah ada Ubi Kayu...
Cara nak pilih?entah...Emak saya kata kena cari yang hujungnya tak dipotong, kalau tak ubi masuk angin susah ubi tu nak empuk...(empuk ok bukan hempuk...)

Dikupas kulit ubi, dipotong dan dibersihkan...
Masuk dalam periuk letak air dan rebus....

Jangan lupa letak garam sedikit..

Dah empuk, toskan...

Potong ubi kayu memanjang macam gambar atas ni (kami suka jenis yang dipotong nipis-nipis), pastu amik bawang kecil diracik halus..gaul rata...
Kadang-kadang ubi macam hancur dan bergumpal-gumpal..abaikan..tu mungkin sebab ubi direbus terlalu empuk...sebenarnya lagi empuk lagi sedap...huhuhuhu

Panaskan minyak dan terus goreng....
Goreng sampai garing-garing yer...

Tadaaaa...!Hasilnya....crispy diluar tapi lembut didalam dan sangat wangi...
Rasa??nak tau sila buat sendiri...(alamak, air liur saya sudah meleleh ni...)

Kalau malas nak digoreng, ubi kayu yang dah direbus tu boleh dimakan dengan Madu..
Uiii..sodap berkrim gitu...mula-mula rasa pelik, tapi kang tak berhenti makan tau...
Kalau takde madu, boleh je cicah dengan gula...still nyummy...
Nyum...nyum...nyummm....

Sue berkata tapi dalam hati:  aduuhhh saleha!!meleleh air liur saya tau...!

Sunday, February 06, 2011

Mee Kari Orang Bujang...

Entri terlatest kali ini..
Pagi lepas hantar emak, dah breakfast sedap-sedap kat Rasyid terus ke TESCO...
Gigih, kali ni nekad dan semangat nak cari jugak bahan-bahan untuk buat Mee Kari..tak kiraaaaa.....huh!!
Balik terus je masak...pukul 11 dah setel buat kuah semua...gigih je kan...??hihihiihi

Hasil tangkapan di TESCO...malas nak fikir banyak-banyak..apa yang ada je sudahhh...tulah namanya Mee Kari Orang Bujang...


Malas nak cari santan kat tempat lain..belasah je yang tube ni...


Segala bebola dan kek...
Tauhu kering tak ada la pulak...adoiii..tu yang paling sodap kan...


Rumah me ni tak reti nak makan seafood hidup segala, so ganti dengan leher Ayam...
Tulang ayam pun tak ada, so beli je leher ayam...(ingat, kata pun tadi apa yang ada kan....)
Pernah dengar petua kalau nak bagi kuah manis kena guna tulang...so, takde tulang, guna je leher..janji tulang...


Segala ball dan cake tadi tu dah dipotong-potong siap...


Cara nak masaknya senang je...
Bahan pun main belasah je...
Cara 'Chef' Su masak kuah Mee Kari Orang Bujang adalah seperti berikut:
Serai diketuk..lagi banyak serai ni lagi wangi tau.....
Tumis siap-siap dengan Bawang Putih, Bawang Kecik, Halia dan Lengkuas yang dah dikisar halus...


Tumis kasi bahan kisar tadi naik bau..pastu letak cili boh dalam 2 sudu besar...ni saja nak kasi pedas...


Dah garing, masukkan pulak Pes Kari...tumis lagi..kasi rempah garing sikit...
Masukkan leher ayam tadi...
Biar sampai leher tu masak....(paham-paham sendiri le yek..hihihihiik)


Boleh masukkan air...tunggu menggelegak...


Lepas tu boleh letak santan setube dan bagi mengelegak lagi (tapi kena rajin kacau, kang pecah minyak tak best...) dan barulah masukkan segala ball dan cake...
Letak garam 2 1/2 sudu besar dan gula 1 camce kecik...biarkan mengelegak lagi..
Dah boleh dimakan...
Sekian resepi dari 'Chef' Su yea..Selamat mencuba..

Tapi me tak makan pun lagi...tunggu nak kena celur Mee Kuning dan kena rebus telur dulu..kang tengah hari baru makan..
Kuah dah rasa dah...wuhuuuhu..marbeles (clap..clap..clap...untuk diri sendiri...), kiranya cukuplah rasa..nak kata sedap bangat tidaklah, nak kata tak sedap pun tidak..memang ngam-ngam choi je rasanye......Katapun Mee Kari Orang Bujang kan..bahan pun janji adoo......

Apalagi..sila sila..jemput yea.....^_^




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...